Ralf Ragnick: Individu Disebalik Kejayaan RB Leipzig

RB Leipzig

Pada 8 Mei 2016, RB Leipzig melakar sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke saingan Bundesliga untuk musim 2016/2016 apabila berjaya mengalahkan Karlsruher SC 2-0.

Setahun kemudian mereka telah berjaya melayakan diri ke saingan UEFA Champions League buat kali pertama selepas mendapat tempat ke-2 dalam saingan Bundesliga dibelakang Bayern Munich.

Seperti yang kita sedia maklum, RB Leipzig merupakan kelab kaya serta pasukan paling dibenci di Bundesliga dan saya pasti anda tahu mengapa mereka begitu dibenci.

Walau bagaimanapun, kita harus akur itu adalah rezeki mereka apabila mendapat pelaburan daripada syarikat besar seperti Red Bull.

Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah bagaimana RB Leipzig mampu membina pasukan yang kuat, konsisten dan berjaya selain daripada mempunyai dana yang banyak. Hal ini kerana, dana yang banyak tidak menjamin kekuatan sesebuah pasukan tanpa perancangan yang rapi daripada individu yang berpengalaman dan kredibiliti tinggi dalam sesebuah kelab.

Individu yang saya maksudkan adalah Ralf Ragnick, iaitu pengarah sukan RB Leipzig. Baru-baru ini beliau telah melanjutkan kontrak beliau bersama RB Leipzig sehingga 2021.

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Ralf Ragnick:

The Professor

Beliau dikenali sebagai ‘The Professor’ oleh media Jerman ketika beliau membimbing pasukan Ulm dari divisyen ke-2 Jerman, pada tahun 1998. Selain itu, Ragnick juga telah membawa Schalke 04 berada di tempat ke-2 Bundesliga pada musim 2004/2005 dan melayakan diri ke saingan UEFA Champions League.

Pada 2006, Ragnick membimbing Hoffenheim selama 5 tahun, ketika itu Hoffenheim berada di divisyen ke-3 dan beliau berjaya membawa Hoffenheim layak ke saingan liga divisyen ke-2 Jerman.

Kita dapat melihat bahawa pengalaman Ragnick yang luas kerana beliau mampu membawa pasukan kecil dan tidak mempunyai dana yang besar untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Wang, konsep & kompetensi

Ragnick berpendapat bahawa sekiranya anda mempunyai 3 aspek tersebut, ianya dapat membawa kejayaan terhadap sesebuah pasukan. Namun, sekiranya 1 ataupun 2 daripada aspek tersebut ada dalam kelab, kejayaan mungkin sukar untuk dicapai.

Beliau juga menepis dakwaan kejayaan RB Leipzig sekarang disebabkan oleh suntikan modal oleh Mateschitz (pemilik Red Bull). Ragnick menjelaskan terdapat banyak kelab di Bundesliga yang melabur dengan jumlah yang banyak untuk mengalahkan pesaing mereka, namun keputusanya kurang meyakinkan.

Beliau menambah lagi sekiranya kejayaan sesebuah kelab berkait rapat dengan dana yang banyak, sudah pasti kedudukan Bundesliga pasti berbeza sekarang.

Hal ini kerana terdapat kerdil seperti Hoffenheim, Borussia Monchengladbach dan Eintracht Frankfurt mampu bersaing dengan kelab besar dan kelab yang disuntik dengan dana banyak seperti Wolfsburg tidak menunjukkan keputusan yang positif, bahkan kedudukan liga lebih rendah dari Eintract Frankfurt dan FC Augsburg.

RB Leipzig
LEVERKUSEN, GERMANY – NOVEMBER 18: coach Ralph Hasenhuettl of RB Leipzig celebrates with Ralf Rangnick of RB Leipzig after winning the Bandesliga match between Bayer 04 Leverkusen and RB Leipzig at BayArena on November 18, 2016 in Leverkusen, Germany. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Prinsip

RB Leipzig merupakan kelab yang kaya, namun mereka menggunakan dana dengan baik dan berdisiplin. Seperti yang dilakukan oleh Ragnick di Hoffenheim, RB Leipzig mengambil pemain muda yang berbakat seperti Emil Frosberg, Willi Orban, Yussuf Poulsen dan Timo Werner.

Mereka tidak membeli pemain bintang seperti yang dilakukan oleh kelab kaya yang lain. Contohnya kapten RB Leipzig (Willi Orban), beliau meninggalkan Kaiserslautern pada 2015 dan menyertai RB Leipzig dengan hanya £1.80m sahaja.

Gaya permainan

Di Leipzig, Ralf Ragnick dan Ralph Hasenhuttl memainkan peranan penting dalam membina DNA permainan menyerang RB Leipzig.

Ragnick berkata “Kami percaya dengan sistem kami, pemain sanggup untuk bermain dengan permainan kami”. Ragnick juga memberitahu bahawa “mereka sentiasa mendapatkan pemain yang layak dan mampu bermain dengan cara mereka”.

Hal ini bagi memastikan Leipzig mempunyai unit serangan yang terbaik, efektif dan pantas di Bundesliga.

Mampu dijadikan sebagai contoh

Dengan melihat apa yang telah dilakukan oleh RB Leipzig, saya percaya bahawa kelab Malaysia mampu mengikut jejak langkah mereka untuk meyakinkan penaja dan pemain. Hal ini kerana secara lansung ianya akan memberi kesan terhadap bola sepak di negara kita.

 

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Justine Pengiran Igai. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN