Thames Valley Royals: Usaha Penggabungan Kelab Yang Gagal

Kisah penggabungan dua kelab bola sepak merupakan episod biasa. Ada usaha penggabungan yang berjaya, tetapi pernah anda mendengar kisah yang gagal? Jarang sekali.

Thames Valley Royals, satu cadangan menggabungkan dua buah kelab berhampiran, tetapi gagal. Kisah ini bukanlah rekaan, tetapi ia benar-benar berlaku, di England!

Kisah Robert Maxwell

Robert Maxwell bersama anaknya. Sumber: Daily Express.

Robert Maxwell merupakan seorang ahli parlimen di kawasan Buckingham, tidak jauh dari Oxford. Selepas menamatkan khidmatnya sebagai ahli politik, beliau mempunyai syarikat perniagaan penerbitan akhbar. Salah satunya ialah Daily Mirror. Daily Mirror antara akhbar yang memberikan sokongan kepada Parti Buruh, parti yang pernah diwakilinya.

Namanya meningkat naik apabila menyelamatkan kelab Oxford United daripada bankrap. Beliau mengambil alih kelab yang digelar Ox itu pada 1982. Tetapi, setelah beberapa ketika, namanya menjadi popular kerana satu idea dianggap gila.

Bergabung dengan Reading

16 April 1983, satu tarikh yang menjadi saksi di mana idea ini mula diketahui umum. Pada ketika itu, Football League Third Divison (kini dikenali League One) memasuki fasa-fasa akhir. Oxford United mencabar kedudukan promosi ke Second Division.

Robert Maxwell mengumumkan kepada BBC bahawa beliau akan mengambil alih Reading. Malah, beliau bercadang untuk menggabungkan kedua-dua kelab tersebut. Pada waktu itu, Reading sedang bergelut untuk mengelakkan daripada tersingkir ke Fourth Division (kini dipanggil League Two).

Nama kelab itu dikenali sebagai Thames Valley Royals. Terminologi Thames Valley ini diambil kerana kedua dua kawasan itu berada dalam lingkungan Thames Valley. Manakala, Royals merupakan nickname kepada Reading.

Manor Ground, stadium lama Oxford United. Sumber: Pinterest.

Cadangan yang diutarakan beliau sangat menarik. Pengurus Oxford United, Jim Smith akan menjadi pengurus, manakala Maurice Evans menjadi timbalannya. Selain itu, perlawanan laman sendiri Thames Valley Royals akan digilirkan antara di Manor Ground (Oxford United) dengan Elm Park (Reading).

Tetapi, mereka juga akan mencari tapak baru stadium. Malah, tapak baru dipilih di pekan Didcot, di antara pertengahan jalan antara bandar raya Oxford dengan Reading.

Dana untuk pembinaan stadium ialah hasil jualan tapak lama kedua-dua stadium yang disebutkan di atas. Sekiranya penggabungan ini berjaya, Football League musim 1983-84 akan menjadi musim pertama bagi Thames Valley Royals.

Difahamkan pengurusan Football League telah memberi lampu hijau kepada idea ini.

Tentangan penyokong

Walaupun penyokong Oxford United termakan budi Robert, mereka menyatakan tentangan itu secara terbuka. Malah, mereka mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan di stadium.

Kawasan padang Manor Ground dijadikan tempat tunjuk perasaan tersebut. Ia mengheret perlawanan antara tuan rumah menentang Wigan Athletic tertangguh selama setengah jam. Kejadian tersebut berlaku seminggu selepas idea penggabungan itu meletus di serata negara.

Penyokong Reading berdemonstrasi menyatakan bantahan idea Thames Valley Royals. Sumber: The Sportsman.

Meskipun idea ini disokong oleh lembaga pengarah Reading, penyokong Royals menentang sama sekali idea ini. Seorang bekas pemain Reading bernama Roger Smee mengambil tindakan. Beliau mendedahkan bahawa berlaku penyelewengan di dalam lembaga pengarah.

Penyelewengan yang dikatakan berlaku ialah lembaga pengarah Reading bersetuju untuk bergabung dengan Oxford United. Tetapi, sebenanrya lembaga pengarah tersebut tidak membuat urusniaga saham Reading sebelum cadangan penggabungan itu timbul. Tindakan mahkamah telah diambil terhadap mereka dan keputusan berpihak kepada Roger Smee.

Ahli lembaga pengarah Reading meletak jawatan selepas itu. Uniknya, keputusan mahkamah itu pun selepas perlawanan antara Reading menentang Oxford United pada 2 Mei 1983. Reading mengalahkan Oxford United 1-2 di Manor Ground. Keputusan mahkamah itu tidak bergantung kepada keputusan perlawanan sebelum itu, tetapi ia telah dikaji daripada sudut perundangan.

Gagal

Penyokong kedua-dua kelab meraikan kejayaan kegagalan usaha penggabungan itu. Akhirnya Oxford United dan Reading tidak jadi disatukan. Semusim selepas itu, Oxford United menaiki kedudukan liga Inggeris apabila dipromosi ke Second Divison.

Oxford United memenangi League Cup pada 1985.

Pada musim 1984-85, mereka mara pula ke First Divison (kini Premier League). Kemudiannya pada musim seterusnya iaitu 1985-86, Oxford United menewaskan Queens Park Rangers untuk menjulang Piala Liga (Carabao Cup).

Beberapa tahun kemudian, Robert Maxwell melepaskan pegangannya pada Oxford United. Nasib Oxford United tidaklah baik sehinggakan mereka tergolek sehingga ke National League. Pada 1991 Robert Maxwell meninggal dunia.

Berbeza dengan Reading, sempat merasai nikmat beraksi di Premier League setelah penjenamaan semula. Ya, dahulunya Premier League dikenali sebagai First Division.

Di masa hadapan, kami akan membawakan serba sedikit kisah penggabungan kelab bola sepak di England. Tetapi, bukanlah kelab-kelab utama dan dikenali ramai. Kebanyakan ialah kelab-kelab kecil atau gergasi yang sedang tidur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN