Mohamed Salah Jadi Pemain Mesir Pertama Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA

Jika anda adalah pengurus bola sepak fantasi dan ada Mohamed Salah dalam pasukan anda, sudah pastinya nama ini salah satu nama yang paling banyak memberikan senyuman kepada anda.

Terbaru, pemain yang memulakan musim cemerlang dengan kelab baru beliau, Liverpool ini telah dianugerahkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (November) PFA. Ini selepas beliau cemerlang menjaringkan 8 gol daripada 6 perlawanan.

Selepas kekalahan di tangan Spurs 4-1, Liverpool bangkit dengan baik sekali. Liverpool masih belum tewas dalam 8 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan setakat ini.

Salah satu faktor terbesar prestasi cemerlang mereka adalah aksi cemerlang Mohamed Salah.

(Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Bulan lalu, Salah menjaringkan 7 gol dalam 4 perlawanan EPL. Menjadikan purata minit untuk setiap gol adalah 40.4 minit. Beliau turut cemerlang dengan 2 gol di UCL.

Salah mengenepikan cabaran Kevin De Bruyne (Manchester City), Eden Hazard (Chelsea), Ashley Young (Manchester United) dan Richarlison (Watford). Ini selepas pemain no.11 Liverpool ini menerima 54% undian.

Beliau juga sudah 3 kali menang pemain terbaik bulanan Liverpool musim ini. Beliau juga diumumkan berada dalam senari kesbeleasan mingguan UCL sebanyak 2 kali.

Lebih menarik, Mohamed Salah menjadi pemain Mesir pertama yang menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN