Thaipusam mungkin bukanlah sambutan perayaan yang disambut secara besar-besaran atau dalam tempoh yang lama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali atau Tahun Baharu Cina.
Namun bagi mereka yang menyambutnya, ia adalah satu sambutan yang cukup besar lagi bermakna bagi mereka.
Apa itu Thaipusam?
Bagi yang tidak tahu, sambutan Thaipusam adalah sambutan penganut beragama Hindu dan majoriti penyambutnya adalah dari komuniti Tamil.
Sambutan dalam kalendar Tamil itu dilakukan ketika bulan penuh sekitar pada bulan Januari dan juga Februari.
Sambutan ini dapat dilihat di benua Asia di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, India, Mauritius dan Amerika Syarikat.
Malah sambutan Thaipusam di Malaysia dikatakan lebih meriah berbanding dengan sambutan di tanah India sendiri!
Kavadi
Salah satu elemen sambutan dalam sambutan Thaipusam adalah Kavadi.
Apa itu Kavadi? Ia merupakan sebuah persembahan yang dilakukan oleh para penyambut sambutan Thaipusam ini untuk menunjukkan simboliknya keimanan mereka kepada Tuhan Perang Hindu – Murugan.
Kavadi ataupun dalam bahasa Melayu bermaksud “Tarian Beban” memerlukan seseorang individu yang mahu melakukan tarian tersebut perlu berpuasa selama 48 hari sebelum Thaipusam.
Ia dilakukan sebagai ‘membersihkan’ diri mereka dan mereka perlu makan makanan Satvik sahaja sekali sehari.
Dan pada hari Thaipusam, mereka perlu mencukur kepala mereka serta membawa membeban atau melakukan disiplin paling ringan iaitu membawa bekalan susu.
Selain itu, mereka perlu membawa beban ketika berhadapan dengan Tuhan Perang Hindu itu.
Bola sepak dalam kavadi
Dalam sambutan Thaipusam, bola sepak juga tidak terlepas dari di bawa ke dalam sambutan tersebut.
Lazimnya, kavadi akan berupa seperti burung merak dengan bulu-bulu burung merak digunakan untuk menghiasi kavadi tersebut.
Namun begitu, ada sesetengah individu mencorakkan kavadi mereka dengan logo pasukan bola sepak kesayangan mereka!
Terdapat sebuah kavadi yang direka dengan menggunakan logo Manchester United sebagai simbolik kesetiaan kepada pasukan tersebut.
Malah terdapat juga kavadi yang direka dengan menggunakan logo Liverpool.
Perkara ini nyata mengundang rasa tidak senang bagi mereka yang traditionalist. Bagi mereka, tradisi tidak perlu diubah sebaliknya kekalkan sahaja dengan corak kavadi yang sering digunakan sejak bertahun lamanya.
Malah di Facebook, terdapat sebuah laman peminat (fan page) yang anti-kavadi bercorakkan bola sepak dan juga politik.
Laman Respect Our Culture Say No To Football & Political Cavadi merupakan sebuah laman Facebook yang secara terang-terangan tidak mahu kavadi diubah-ubah dengan bentuk bola sepak dan juga unsur politik.
Kesimpulan
Bagi kami, tidak kira sambutan agama sekalipun. Adalah tidak wajar untuk mengubah sesetengah perkara mengikut kemahuan kita jika ia boleh mengugat iman kita kepada Tuhan.
Sebaliknya, kekalkan sahaja apa yang sudah lama dilakukan sekiranya ia memberi kesan yang baik. Kata orang putih, don’t fix it when ain’t not broken.
Selamat menyambut Hari Thaipusam dari seluruh warga kerja Semuanya BOLA.
Baca juga: Mengapa Mesut Ozil Sentiasa Hilang Dalam Perlawanan Besar? Ini Justifikasi Statistik Opta