“Thailand Sangat Kuat”- Kalamullah Tuntut Harimau Malaya Lebih Kerja Keras Untuk Atasi Tuan Rumah

Penjaga gol Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz menuntut rakan sepasukannya dalam kem kebangsaan supaya perlu bekerja lebih keras, jika ingin mara ke pusingan akhir Piala AFF 2022.

Malaysia yang berjaya melakar kejutan untuk mengatasi Thailand sebelum itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi kemenangan 1-0, bakal menghadapi satu lagi aksi malam ini di Stadium Thammasat, Bangkok untuk pusingan kedua.

Walaupun langsung tidak beraksi sepanjang kejohanan Piala AFF ini, Kalamullah jelas tidak patah semangat dan sebaliknya, beliau terus memberi galakan buat rakan sepasukan.

“Kalau dilihat pada perlawanan lalu, memang kita agak kurang sedikit mencipta serangan berbanding aksi-aksi sebelum ini.

“Pada pengamatan saya, Thailand merupakan pasukan yang sangat kuat. Untuk perlawanan di sana, kami perlu lebih berhati-hati, terutama mengekalkan disiplin ketika bertahan.

“Oleh itu, kami perlu lebih bekerja keras dan khususnya kepada mana-mana pemain yang terpilih untuk beraksi,” jelas Kalamullah kepada kami.

Selain itu, Kalamullah juga melaungkan keyakinan untuk mengatasi Thailand selepas melihat keadaan sepasukan dan mengakui mereka perlu lebih fokus untuk berhadapan pasukan lawan.

“Selepas melihat rakan sepasukan yang lain, saya yakin kami mampu melakar keputusan baik untuk mara ke final.

“Cuma kami perlu lebih fokus kerana Thailand bukan suatu pasukan yang biasa, malah kedudukan ranking mereka juga lebih tinggi daripada Malaysia.

“Disebabkan itu, aksi di Thailand nanti saya bersama rakan sepasukan lain akan bekerja lebih keras untuk menghadapi cabaran daripada lawan,” terang penjaga gol baharu Kedah Darul Aman (KDA) itu lagi.

Pada masa sama, Kalamullah juga menyatakan beliau sendiri akan bekerja lebih keras bersama KDA, sebaik sahaja tugasan bersama skuad kebangsaan tamat.

Ini kerana, beliau menyedari cabaran baharu yang akan dihadapi dirinya bersama KDA dalam misi untuk merebut kesebelasan utama dan mengesahkan tempat bersama skuad kebangsaan.

“Bila selesai semua dan menyertai KDA nanti, saya perlu beri fokus sepenuhnya untuk saingan liga selain cuba beri segalanya terbaik untuk kekalkan posisi bersama skuad kebangsaan,” ulas beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN