Penjaga gol Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz menuntut rakan sepasukannya dalam kem kebangsaan supaya perlu bekerja lebih keras, jika ingin mara ke pusingan akhir Piala AFF 2022.
Malaysia yang berjaya melakar kejutan untuk mengatasi Thailand sebelum itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi kemenangan 1-0, bakal menghadapi satu lagi aksi malam ini di Stadium Thammasat, Bangkok untuk pusingan kedua.
Hari Perlawanan | Selasa, 10 Januari 2023
Separuh Akhir 2 • Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
⚽️ THAILAND 🇹🇭 (0) 🆚️ (1) 🇲🇾 MALAYSIA
🕢 7:30pm (TH) 🕣 8:30pm (MY)
🏟 Std Thammasat, Bangkok
📺 Siaran langsung di @ASTROARENA 2#FAM #HarimauMalaya#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/LzxgclKZX1— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 10, 2023
Walaupun langsung tidak beraksi sepanjang kejohanan Piala AFF ini, Kalamullah jelas tidak patah semangat dan sebaliknya, beliau terus memberi galakan buat rakan sepasukan.
“Kalau dilihat pada perlawanan lalu, memang kita agak kurang sedikit mencipta serangan berbanding aksi-aksi sebelum ini.
“Pada pengamatan saya, Thailand merupakan pasukan yang sangat kuat. Untuk perlawanan di sana, kami perlu lebih berhati-hati, terutama mengekalkan disiplin ketika bertahan.
“Oleh itu, kami perlu lebih bekerja keras dan khususnya kepada mana-mana pemain yang terpilih untuk beraksi,” jelas Kalamullah kepada kami.
Selain itu, Kalamullah juga melaungkan keyakinan untuk mengatasi Thailand selepas melihat keadaan sepasukan dan mengakui mereka perlu lebih fokus untuk berhadapan pasukan lawan.
“Selepas melihat rakan sepasukan yang lain, saya yakin kami mampu melakar keputusan baik untuk mara ke final.
“Cuma kami perlu lebih fokus kerana Thailand bukan suatu pasukan yang biasa, malah kedudukan ranking mereka juga lebih tinggi daripada Malaysia.
“Disebabkan itu, aksi di Thailand nanti saya bersama rakan sepasukan lain akan bekerja lebih keras untuk menghadapi cabaran daripada lawan,” terang penjaga gol baharu Kedah Darul Aman (KDA) itu lagi.
Debut Harimau Malaya
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Stuart Wilkin, Lee Tuck, Shamie Iszuan Amin, David Rowley, Sergio Aguero dan Aliff Izwan Yuslan memperoleh caps pertama bersama skuad kebangsaan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja, semalam.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/03DONDdHHX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 10, 2022
Pada masa sama, Kalamullah juga menyatakan beliau sendiri akan bekerja lebih keras bersama KDA, sebaik sahaja tugasan bersama skuad kebangsaan tamat.
Ini kerana, beliau menyedari cabaran baharu yang akan dihadapi dirinya bersama KDA dalam misi untuk merebut kesebelasan utama dan mengesahkan tempat bersama skuad kebangsaan.
Antara faktor Kalamullah Al-Hafiz berubah angin ke utara antaranya adalah faktor asas penyokong yang kuat dan perasaan bersemangat apabila beraksi di hadapan ramai penyokong hijau kuning.
Lontarkan ucapan selamat datang anda buat Kalamullah! pic.twitter.com/e5RIBgKbHw
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 7, 2022
“Bila selesai semua dan menyertai KDA nanti, saya perlu beri fokus sepenuhnya untuk saingan liga selain cuba beri segalanya terbaik untuk kekalkan posisi bersama skuad kebangsaan,” ulas beliau.