Piala Asia 2019: Tewas Mengejut Kepada India, FAT Pecat Milovan Rajevac

Rajevac

Tewas mengejut 1-4 kepada India telah mengakibatkan ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac kehilangan jawatannya apabila dipecat beberapa jam selepas kekalahan tersebut.

Thailand tumbang kepada naib johan Kejohanan SAF Suzuki 2018 itu dalam perlawanan pembuka tirai Kumpulan A, Piala Asia 2019 di Stadium Al-Nahyan, Abu Dhabi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi babak pertama sebelum India bangkit meledak tiga gol menerusi jaringan Sunil Chhetri, Anirudh Thapa dan Jeje Lalpekhlua.

Presiden Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), Somyot Poompanmuang mengesahkan pemecatan tersebut melalui kenyataan yang didapati daripada Football Tribe Thailand.

Menurutnya, FAT terpaksa mengambil tindakan segera dan seterusnya menyerahkan tugas untuk mengendalikan pasukan kepada pembantu Rajevac, Sirisak Yodyardthai.

Turut dinyatakan, selain dipecat atas sebab kekalahan itu, Rajevac turut dipertanggungjawabkan atas aksi Gajah Perang yang tidak mencapai tahap sepatutnya.

Kedudukannya mula tergugat selepas Thailand tumbang kepada Malaysia, yang tidak layak ke Piala Asia, di peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu.

Rajevac
BANGKOK, THAILAND – DECEMBER 05: Milovan Rajevac, head coach of Thailand, in action prior to the AFF Suzuki Cup semi final second leg match between Thailand and Malaysia at Rajamangala Stadium on December 5, 2018 in Bangkok, Thailand. (Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Di Piala AFF, Thailand disingkir Malaysia dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

“Ketika ini, kita sedang beraksi di kejohanan terbesar di Asia. Telah lama kita nantikan saat-saat ini dan FAT sentiasa menyokong sepenuhnya persediaan pasukan kebangsaan untuk mencapai potensi tertinggi sebelum pertandingan dengan hasrat mahu melihat keputusan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Namun keputusan (menentang India) adalah tidak seperti yang diharapkan daripada pasukan kebangsaan Thailand dan juga tidak layak untuk penyokong rasai,” tulisnya.

“Sepertimana semua penyokong di seluruh negara, saya juga merasa kecewa dengan keputusan itu. Sebagai Presiden saya tidak boleh berdiam diri dengan masalah ini.

“Oleh itu, saya ingin mengumumkan penamatan kontrak ketua jurulatih, Milovan Rajevac dan turut mengumumkan Sirisak Yodyardthai untuk mengambil alih tugas-tugas bersama skuad kebangsaan,” tambahnya lagi.

Disebabkan kekalahan mengejut itu, Gajah Perang kini berdepan situasi sukar untuk layak ke peringkat seterusnya dalam penampilan ke-7 mereka di pentas Piala Asia.

Tugasan pertama Yodyardthai adalah menentang Bahrain pada 10 Januari depan dan kemudian menentang tuan rumah, UAE pada 14 Januari dalam aksi terakhir kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN