Coutinho Masih Punyai Masa Depan Di Barcelona Walaupun Sering Panaskan Bangku Simpanan

Pengarah Barcelona, Guillermo Amor memberi jaminan Philippe Coutinho masih mempunyai masa depan bersama kelab tersebut, walaupun sekadar berada di bangku pemain simpanan sejak empat perlawanan La Liga yang lalu.

Pemain perancang berusia 26 tahun itu tidak memulakan sebarang perlawanan liga dari kesebelasan utama sejak 2 Disember lalu. Malah bintang Brazil itu hanya beraksi untuk tujuh minit terakhir dalam kemenangan 2-1 ke atas Getafe pada Ahad lalu.

(Photo by David Aliaga/MB Media/Getty Images)
Persaingan di Nou Camp

Coutinho mungkin adalah pemain termahal di dalam sejarah Barcelona. Januari ini bermakna beliau telah menyertai kelab Catalan itu selama setahun – sejak melengkapkan perpindahan bernilai €160 juta dari Liverpool.

Tanda harga yang mahal jelas bukan jaminan bahawa Coutinho akan menjadi pemain pilihan didalam kesebelasan utama. Apatah lagi dengan persaingan di kalangan pemain di kelab tersebut.

Posisi sebelah kiri di bahagian tengah sering kali diisi oleh Ousmane Dembele. Pengurus, Ernesto Valverde juga lebih senang untuk memilih Arturo Vidal dan Arthur Melo bergandingan bersama dengan bintang muda dari Perancis itu.

(Photo by Geert van Erven/Soccrates/Getty Images)
Masih punyai kualiti diperlukan

Walaupun seperti tersisih, Amor menekankan Coutinho masih mempunyai kualiti yang diperlukan oleh Barcelona untuk tahun-tahun akan datang.

“Coutinho adalah pemain yang memiliki banyak pengalaman. Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di Eropah – dan sentiasa bersedia untuk diturunkan walaupun beraksi untuk lima minit atau pun 90 minit perlawanan,” ujar Amor kepada Movistar seperti yang dilaporkan oleh ESPN FC.

“Beliau juga adalah jenis pemain yang akan mengutamakan kepentingan pasukan berbanding dirinya. Tiada keraguan bahawa Coutinho juga adalah salah seorang pemain terbaik dunia.

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

“Beliau sering beraksi dengan baik untuk Barca, dan beliau boleh beraksi dalam mana-mana perlawanan sejak dari mulanya.

“Barca mendapatkan khidmat Coutinho kerana beliau adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Sudah pasti beliau boleh membantu pasukan dari banyak aspek. Beliau masih memiliki tempoh kontrak yang lama di sini, maka tiada keraguan untuk itu.

Kelebihan buat Barcelona

Coutinho sudah tampil dalam 22 perlawanan untuk Barcelona di semua pertandingan pada musim ini. Namun 15 daripada perlawanan tersebut adalah penampilan dari bangku pemain simpanan.

Walaupun demikian, Valverde berkata ia sentiasa satu kelebihan untuk memilih di antara Coutinho atau Dembele untuk diturunkan di dalam kesebelasan utama.

Coutinho dijangka akan diberikan lebih banyak peluang untuk beraksi menjelang Januari, dengan pusingan kalah mati Copa del Rey turut menjadi tumpuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN