Thailand Mungkin Akan Kehilangan Ketua Jurulatih Mereka

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac kemungkinan akan letak jawatan selepas 6 bulan berada di Thailand kerana menerima tawaran lumayan untuk melatih sebuah kelab Liga Super China.

Jurulatih yang berasal dari Serbia itu dilantik sebagai ketua jurulatih Thailand pada bulan Mei lalu selepas jurulatih terdahulu, Kiatisuk Senamuang membuat kejutan untuk meletak jawatan.

Beliau yang pernah membimbing skuad kebangsaan Ghana menandatangani kontrak selama satu tahun dengan FA Thailand (FAT).

Walaubagaimanapun, media di Thailand difahamkan Milovan dan pembantunya mahu kekal di Thailand tetapi mereka bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa FA Thailand untuk menentukan kedudukan mereka sama ada kontrak dilanjutkan atau tidak.

Sepanjang dalam bimbingan Milovan, Thailand hanya mengutip 1 mata selepas 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia. Menurut rekod, mereka bolos sebanyak 5 kali sepanjang perlawanan ini berbanding 9 kali ketika dibawah Kiatisuk Senamuang.

Krisis kecederaan melanda skuad kebangsaan Thailand sehingga mengagalkan usaha mereka untuk mencatat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Skuad kebangsaan Thailand sempat menjuarai kejohanan jemputan Piala Raja pada bulan julai selepas menewaskan Korea Utara dan Belarus. Pada bulan ini, mereka menewaskan Myanmar dan Kenya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Milovan, yang telah membawa Ghana layak ke suku akhir Piala Dunia pada tahun 2010, telah berjaya membawa masuk beberapa muka baru dan beliau sangat berpuas hati dengan segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki corak permainan skuad kebangsaan Thailand. Jika tidak beliau sudah bersedia untuk keluar dan menerima tawaran daripada kelab China.

Dengan ketiadaan jadual perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan Thailand, FA Thailand masih ada masa untuk menimbangkan tawaran luar yang diterima oleh Milovan sebelum menawarkan kontrak baru kepadanya.

Tahun hadapan merupakan tahun yang sibuk untuk skuad kebangsaan Thailand kerana mereka akan menghadapi kejohanan AFF Cup dan juga kejohanan Piala Asia di UAE pada tahun 2019.

Tetapi FA Thailand perlu bertindak dengan segera sebelum jurulatih yang berusia 63 tahun itu menerima tawaran dari pasukan luar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN