Skuad Harimau Malaya Mungkin Jumpa Korea Utara Di Gelanggang Berkecuali

Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) kemungkinan akan menetapkan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 diantara Korea Utara menentang Malaysia berlangsung di gelanggang berkecuali.

Perlawanan ini sudah ditangguhkan sebanyak 3 kali ekoran tahap keselamatan yang belum terjamin dan isu politik yang melibatkan hubungan diplomatik di antara 2 negara. Badan bola sepak Asia itu akan bermesyuarat memuktamadkan venue dan tarikh perlawanan pada hujung minggu ini.

Bulan lepas, AFC telah menetapkan perlawanan itu berlangsung pada 5 Oktober di Pyongyang tetapi dibatalkan kerana kerajaan Malaysia tidak membenarkan rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Utara berikutan isu panas yang sedang melanda negara itu.

Malaysia v Lubnan, Kelayakan Piala Asia 2019. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

“Sebarang kemungkinan memang ada ketika ini termasuk bermain di gelanggang berkecuali. Kami akan membuat keputusan sebelum hujung minggu ini. Jawatankuasa akan menentukan tarikh dan tempat perlawanan ini dilangsungkan,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John Paul kepada ESPN FC. 

“Kami akan membentangkan fakta dan maklumat kepada mereka. Jawatankuasa akan membuat keputusan berdasarkan itu,” jelasnya.

AFC juga mengesahkan tarikh baru nanti tidak akan menjejaskan jadual liga domestik di kedua-dua negara. Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara pada 14 November depan selepas tamat saingan Liga Malaysia musim 2017.

Skuad Harimau Malaya kini menduduki ranking ke 170 dunia selepas skuad bimbingan Nelo Vingada itu gagal mencatat sebarang kemenangan di pentas antarabangsa. Kedudukan ranking yang paling teruk setakat ini ialah 174 dunia pada bulan April 2016.

Kali terakhir Malaysia beraksi dalam saingan Piala Asia ialah pada tahun 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam. Mereka tewas dalam semua perlawanan dan menamatkan saingan di kedudukan terbawah dalam kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN