AFF 2018: Thailand Ke Separuh Akhir, Fandi Ahmad Akui Kualiti Singapura Masih Jauh Di Belakang

Thailand menang 3-0 ke atas Singapura dalam perlawanan di antara 2 pasukan paling berjaya dalam Piala AFF. Thailand juara 5 kali manakala Singapura juara 4 kali kejohanan ini.

Singapura gagal untuk menyekat kemaraan Thailand – selaku pasukan pilihan – ke separuh akhir. Ini selepas Sang Singa mempamerkan aksi yang kurang meyakinkan di Stadium Rajamangala.

Fandi Ahmad akur dengan kualiti pasukan Thailand meskipun tidak menggunakan beberapa nama besar mereka dalam tugasan antarabangsa kali ini kerana komitmen dengan liga di luar negara.

Namun Thailand tetap memiliki pemain yang memukau dalam edisi kali ini seperti Sanrawat Dechmitr sebagai perancang utama. Diikuti penyerang muda Supachai Jaided dan pemiliki kaki berbisa 0 Adisak Kraisorn serta Tanaboon Kesarat.

Fandi Ahmad berkata: “Thailand selayaknya menang, mereka pasukan lebih baik. Secara taktikal mereka sangat vokal dan menutup ruang dengan segera. Mereka juga pasukan yang kuat. Jika hendak dibandingkan kita [Singapura] jauh berbatu-batu di belakang Thailand.”

Thailand mendahului seawal minit ke-12 menerusi Pansa Hemviboon. Gol kedua Thailand menyusul 11 minit kemudian menerusi pemain terbaik perlawanan – Supachai Jaided.

Pada separuh masa kedua Thailand menambah satu lagi gol sebelum wisel penamat menerusi penjaring double hatrik perlawanan pertama mereka – Adisak Kraisorn.

Adisak kini sudah menjaringkan 8 gol dalam kempen kali ini. Beliau masih penahulu untuk senarai pemenang kasut emas Piala AFF 2018.

Thailand menjadi juara kumpulan B dengan 10 mata. Thailand akan berhadapan dengan Malaysia dalam 2 pertemuan separuh akhir.

Sementara itu, Filipina menamatkan saingan di tangga ke-2 selepas terikat dengan Indonesia tanpa jaringan. Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2018 akan berlangsung pada 1-2 Disember dan timbal balik pada 5-6 Disember hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN