Cristiano Ronaldo Teruskan Rentak Cemerlang Bersama Juventus

Pemenang Ballon d’ Or 5 kali – Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlang beliau di hadapan gol. Ronaldo menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 dari jarak dekat.

Ronaldo berlari dalam kadar masa terbaik untuk menyambar hantaran Miralem Pjanic.

Ianya adalah gol ke-9 beliau dalam Serie A musim ini, meskipun awal musim dijangka akan bergelut dengan prestasi beliau di hadapan gol.

Ronaldo meraikan gol beliau dengan gaya signifikannya dan peminat Juventus menjerit ‘Siiuuuuu!’. Anda harus saksikan detik ini.

Secara keseluruhan beliau sudah menjaringkan 10 gol serta 5 ‘assist’ daripada 16 perlawanan untuk Juventus. Menjadikan beliau pemain Juventus terpantas menjaringkan 10 gol dalam musim debut.

Douglas Costa kembali ke dalam pasukan utama. Beliau menjadi perancang paling kreatif dengan paling banyak mencipta peluang. Cuma rakannya sahaja yang banyak mempersiakannya.

SPAL bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka menjadi pasukan yang lebih banyak menguasai bola dan juga melakukan hantaran. Namun sayangnya mereka tumpul di hadapan gol.

Mario Mandzukic menggandakan kelebihan untuk pasukannya pada mini ke-60 dengan tap-in mudah selepas bola rembatan Costa ditepis Gomis.

Kemenangan ini meletakkan Juventus kini 9 mata di atas Napoli yang berada di tangga ke-2. Juventus musim ini sudah menjaringkan 28 gol dan hanya bolos 8 kali dalam Serie A.

Mereka menghantar isyarat jelas bahawa mereka dalam landasan terbaik untuk meneruskan dominasi mereka di Itali.

Sebagai tambahan, perlawanan Serie A minggu ini akan menyaksikan para pemain dicalit cat berwarna merah di pipi mereka sebagai simbolik kad merah ataupun menentang keganasan ke atas wanita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN