Thailand Dijemput Sertai Kejohanan Piala AFF Versi Asia Barat

Thailand

Gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand telah dijemput untuk menyertai sebuah kejuaraan serantau pada bulan Mac akan datang.

Thailand menerima jemputan untuk menyertai kejohanan West Asian Football Championship (WAFC), sebuah kejohanan serantau yang melibatkan negara-negara daripada Asia Barat pada Mac 2023.

Menyerupai kejuaraan Piala AFF yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara, WAFC melibatkan 11 negara Asia Barat dan Thailand telah dijemput untuk melengkapkan jumlah pasukan bertanding menjadi 12.

11 pasukan yang akan bertanding itu adalah:

  1. Jordan
  2. Lubnan
  3. Emeriah Arab Bersatu
  4. Palestin
  5. Arab Saudi
  6. Syria
  7. Iraq
  8. Oman
  9. Kuwait
  10. Bahrain
  11. Yaman

Jemputan sebegini adalah perkara normal dalam kejohanan bola sepak antarabangsa dengan gergasi Asia, Jepun pernah beraksi pada Copa America satu masa dahulu.

Perlu tangguhkan liga

Thailand berminat untuk menyertai kejohanan ini kerana ianya akan memberikan pendedahan berharga kepada mereka berdepan dengan pasukan-pasukan Asia Barat.

Namun begitu, masalah timbul apabila melibatkan tempoh kejohanan tersebut yang pastinya boleh menggugat penyertaan mereka.

Hal ini kerana, tempoh kejohanan yang panjang pastinya akan membuatkan pasukan-pasukan Thai League akan berkira-kira untuk melepaskan pemain mereka mewakili skuad kebangsaan.

Kejohanan WAFC ini bakal diadakan pada 20 Mac sehingga 2 April sedangkan tempoh Hari FIFA (FIFA Day) hanya akan dilangsungkan pada 20 Mac sehingga 28 Mac sahaja.

Menurut Setiausaha Agung FA Thailand, Pathit Supapong, pihaknya akan memujuk kelab-kelab Thai League untuk melepaskan beberapa pemain yang diperlukan oleh Mano Polking di kejohanan tersebut.

“Thailand amat tertarik untuk menyertai kejohanan ini dan kami dalam perbincangan untuk memasukinya,” kata Supapong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN