Piala AFF 2022: Kim Pan-gon Jangka Sang Singa Hanya ‘Minat’ Bertahan

Singapura Bertahan menurut Kim Pan-gon Piala AFF 2022

Dalam sidang media pra-perlawanan siang tadi, Kim Pan-gon beberapa kali berkata yang kekuatan Singapura adalah ketika dalam aspek bertahan.

Malaysia akan bertemu Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2022 dalam misi memburu tiket ke semifinal di laman sendiri, malam esok. Vietnam hampir pasti akan mara apabila akan bertemu Myanmar.

Mereka hanya perlu merekodkan kemenangan ke atas Myanmar, yang sudah pun tersingkir. Tentunya ini tugasan mudah buat Park Hang-seo.

Tambahan pula, mereka baru sahaja menerima ‘sagu hati’ tahun baharu.

Vietnam Dapat Galakan, Terima ‘Sagu Hati’ Hampir RM1,000 Setiap Seorang

Tentunya aksi Malaysia-Singapura menjadi tumpuan ramai dengan kedua-dua pasukan akan cuba untuk menggunakan kelebihan masing-masing.

Singapura ada sedikit kelebihan satu mata di depan Malaysia, hasil keputusan seri yang diraih mereka ke atas Vietnam pada Jumaat lalu.

Kim Pan-gon mengakui telah membuat tinjauan untuk merisik kekuatan Singapura, namun menurutnya tiada apa yang dapat disimpulkan. “Ya, saya sempat untuk saksikan aksi Singapura berdepan Vietnam. Sukar untuk saya menilainya,” ungkap pengendali skuad kebangsaan itu di sidang media.

Kerana pada pendapat saya, Vietnam seperti acuh tak acuh dan tiada kemahuan untuk menang. Singapura pula bagi saya, sangat kuat bertahan dan mereka seperti lebih kuat sedikit berbanding Vietnam. Ia kelihatan sebegitu [dalam perlawanan itu],” jelas Kim lanjut mengenai Singapura.

Vietnam sebenarnya menurunkan skuad kedua ketika berdepan Sang Singa di Kota Singa. Antara yang direhatkan oleh Park adalah pemain yang menerima kritikan hebat selepas aksi berdepan Malaysia, Doan Van Hau.

Mungkin atas sebab itulah, permainan mereka dilihat sedikit berlainan berbanding dengan yang dipamerkan mereka dalam aksi sebelum ini.

Jika dilihat, Malaysia sebenarnya pernah berdepan situasi yang sama ketika kelayakan Piala Asia 2023 sekitar Jun lalu. Dalam perlawanan terakhir berdepan Bangladesh, Harimau Malaya perlu melakarkan kemenangan.

Ia saling tak tumpah dengan aksi berdepan Singapura pada esok malam.

Perlawanan akan berlangsung di halaman sendiri dan Malaysia perlukan tiga mata tersebut untuk mara. Jadi, adakah kita akan dapat lihat prestasi dan persembahan yang sama daripada barisan pemain skuad negara?

Situasi yang sama, perlu menang tetapi ia perlu pendekatan berbeza. Singapura ada kelebihan mereka, pendekatan mereka berbeza dengan Bangladesh. Saya tidak tahu, mungkin Singapura akan mempertahankan kelebihan mereka dengan bermula lebih bertahan,” ulas Kim mengenainya.

Kim Pan-gon arif yang Singapura memiliki kelebihan dalam aspek bertahan apabila mereka pernah bertemu dalam aksi persahabatan, Tri-Nations Series pada Mac lalu. Menurutnya, lawan adalah pasukan yang gemar bertahan lebih ke bawah dan membuat serangan balas ke kubu lawan.

Tambahnya lagi, Malaysia akan cuba untuk pilih pendekatan yang sesuai jika begitulah pendekatan yang digunakan oleh Singapura di Bukit Jalil.

Saya rasa Singapura ada gaya mereka yang tersendiri, kami tiada masalah dengannya [lebih bertahan],” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Mereka [Singapura] ada kelebihan mereka dan kami juga ada kelebihan kami yang tersendiri. Kami akan gunakan segala kelebihan yang ada. Kami ada kelebihan sokongan penyokong. Saya yakin pemain-pemain akan berjuang habis-habisan untuk esok,” simpul Kim mengenai aksi esok malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN