RASMI: Liga Thailand Bakal Buat Kemunculan Di Siri PES2019!

Kini, berita baik buat para pemain bola sepak Asia Tenggara!

Konami menerusi siri tahunan mereka iaitu Pro Evolution Soccer 2019 (PES2019) telah mengumumkan akan menambah lesen bagi liga Thailand yang dikenali sebagai Thai League.

Menerusi satu video yang dikeluarkan oleh laman Youtube PES sendiri, mereka mengumumkan kejayaan memperoleh lesen penuh bagi liga terbaik di Asia Tenggara itu.

Ianya bermakna, kesemua 18 kelab dalam divisyen 1 Thailand akan membuat kemunculan dalam siri permainan video yang dibangunkan oleh Konami itu.

Memandangkan siri PES2019 sudah pun keluar secara rasmi pada 31 Ogos yang lalu, maka Thai League hanya akan membuat kemunculan dalam kemas kini yang akan diberikan oleh Konami kelak.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama liga dari Asia Tenggara membuat kemunculan dalam permainan video sama ada PES atau FIFA.

Jika kita bernasib baik, kita dapat menyaksikan kelibat Shahrel Fikri yang kini menjadi penyerang pinjaman di salah sebuah kelab di sana iaitu Nakhon Ratchasima FC.

Seandainya ianya menjadi kenyataan, Shahrel bakal menjadi pemain kedua dari Malaysia yang melakukan kemunculan dalam permainan video selepas Nazmi Faiz untuk SC Beira-Mar pada siri PES2013 dan FIFA 13.

Penulis masih ingat Nazmi mempunyai rating 90 untuk keseimbangan badan (balance) beliau pada masa itu.

Penambahan Thai League dalam siri PES2019 ini merupakan salah satu dari mesej Konami sebelum ini yang akan ada lesen lain yang ditambah selepas pelancaran permainan video itu pada 31 Ogos tempoh hari.

Dijangka akan ada beberapa penambahan selepas ini diumumkan oleh Konami namun jelas Thai League bukanlah di dalam jangkaan penulis.

Seperti Tun Mahathir dan juga SPRM yang terkejut kebelakangan ini, penulis juga turut mengalami perkara yang sama dalam hal ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN