Luis Suarez Alukan Kehadiran Paul Pogba Ke Barcelona

Nampaknya, propaganda telah pun bermula!

Luis Suarez kini secara terbuka menyatakan kata-kata aluan kepada pemain Manchester United iaitu Paul Pogba.

Menurut laman Goal, Suarez begitu mengalu-alukan kehadiran pemain itu ke Barcelona untuk menguatkan lagi barisan tengah mereka.

Kata Suarez, jika Pogba hadir ke Barcelona maka pemain itu berpotensi untuk mendapatkan lebih banyak kejuaraan.

Hal ini kerana menurut pemain Uruguay itu, Pogba telah memenangi segala yang beliau mampu dalam bola sepak.

“Paul Pogba merupakan pemain yang cukup elit. Beliau telah menang semua dalam sukan bola sepak.”

“Beliau mempunyai kualiti yang cukup baik dan merupakan pemain utama buat Manchester United.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Paul Pogba of Manchester United scores a penalty to make it 1-0 during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Saya rasakan beliau mahu mencabar lebih banyak kejuaraan berbanding dengan apa yang beliau ada sekarang ini.”

“Beliau mungkin bukanlah seorang pemain Barcelona sekarang, tetapi kehadirannya di sini amat dialu-alukan.”

Suarez menjadi pemain Barcelona kedua selepas Gerard Pique yang secara terbuka mahukan Pogba menyertai mereka di Nou Camp.

Hubungan Pogba bersama pengurus Manchester United iaitu Jose Mourinho kini diibaratkan sebagai retak menanti belah selepas mereka mengalami isu dalam di kelab England itu.

Dalam masa yang sama Suarez turut dikaitkan untuk digantikan dengan pemain Atletico Madrid iaitu Antoine Griezmann.

Barcelona dikatakan cukup berminat untuk membawa pemain itu ke Nou Camp walaupun sebelum ini pernah tersebar berita mengenai itu.

“Ada orang cakap saya akan pergi kalau Antoine Griezmann menyertai Barcelona.”

“Saya tak tahu dari mana datangnya perkara itu, tetapi jika beliau datang ke kelab ini ianya akan diterima dengan baik kerana Griezmann seorang pemain cemerlang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN