TFC Uji Kekuatan di Thailand

Tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Terengganu FC (TFC) kini semakin serius membuat persiapan sebelum aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 28 Februari ini.

Seperti pasukan-pasukan lain, TFC juga telah mengatur aksi jelajah di luar negara dengan Thailand menjadi pilihan untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang beberapa pasukan di negara Gajah Perang tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, skuad kendalian Nafuzi Zain itu bagaimanapun telah menyusun tujuh perlawanan pemanas badan di negara ini terlebih dahulu bagi meningkatkan persefahaman pasukan yang akan membawa cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Super.

Perlawanan terdekat adalah aksi persahabatan bertemu juara Liga M3 musim lepas, Kelantan United yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu pada Jumaat depan.

Kemudian skuad Penyu akan berdepan dengan tiga pasukan di Lembah Klang iaitu pasukan Singapura, Hougang United, juara Liga Kemboja, Svay Rieng FC dan pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur.

“Persiapan rapi sedang dilakukan untuk mencari perlawanan berkualiti bagi memperkemaskan aspek kecergasan dan persefahaman pasukan.

“Berdasarkan sesi latihan, pemain-pemain semakin menunjukkan peningkatan berbanding hari pertama dan setakat ini saya begitu berpuas hati dengan komitmen mereka,” kata Nafuzi.

Dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini, TFC telah mencatat satu kemenangan dan dua seri ketika menguji TFC II (0-0), Kelantan (3-3) dan Universiti Malaysia Terengganu (10-0).

Dalam perkembangan terbaru, pasukan berkenaan dilaporkan akan mengikat pemain berdarah kacukan  Malaysia-Scotland yang juga bekas pemain PDRM, Stuart Wark.

Mereka sebelum ini sudah pun membawa masuk beberapa pemain tempatan berprofil tinggi seperti bekas kapten Perak, Nasir Bahsaruddin, bekas pemain Selangor, Mohd Faiz Nasir, bekas pemain Felda United, Arif Fadzillah Abu Bakar dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II, D. Saarvindran.

Kredit Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN