Kelantan Mahu Bincang Masalah Hutang Dengan Bekas Pemain

Masalah gaji tertunggak melibatkan pasukan Kelantan bukan lagi perkara rahsia selepas beberapa bekas pemain pasukan itu seperti Muhammad Badhri Razi, Khairul Fahmi Che Mat dan Fauzi Roslan telah menyuarakan isu ini secara terbuka kepada media.

Agensi berita Bernama melaporkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan menghubungi semua bekas pemainnya yang mempunyai gaji tertunggak dengan pihaknya bermula minggu depan bagi membincangkan kaedah pembayaran hutang kepada mereka.

Team Red Warriors Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan pasukan Kelantan pada musim ini melalui pengarah urusannya, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, beliau akan menyusun pertemuan di antara kedua-dua belah pihak bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Kami (TRW) tidak mampu untuk membayar tunggakan itu sekali gus berikutan kantung kewangan tidak baik ketika ini.

“Pihak kami telahpun membuat pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan isu itu dan susulan itu kami perlu panggil pemain terlibat untuk berunding bagi mendapatkan satu keputusan melangsaikan hutang mereka,” katanya.

Berikutan masalah bebanan hutang tertunggak yang tinggi tersebut, tumpuan kini adalah mengenai status pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 kerana pasukan itu masih belum memiliki lesen kelab penuh daripada FAM.

Sehingga minggu lepas, pihak SemuanyaBOLA difahamkan, perekembangan terbaru menyaksikan dua lagi pasukan Liga Premier telah diberikan sijil pelesenan kelab penuh iaitu Kelantan United dan Negeri Sembilan selepas melepasi segala syarat yang telah ditetapkan.

Manakala beberapa pasukan lain termasuk Kelantan masih belum dimaklumkan mengenai status mereka selepas hanya diberikan lesen bersyarat sebelum ini.

Sijil pelesenan tersebut amat penting kerana pasukan tidak boleh menandatangani mana-mana pemain baharu selagi belum mendapatkan lesen berkenaan oleh badan pelesenan kelab FAM.

Dengan beberapa pemain ‘baharu’ dilihat sudah mula menjalani latihan bersama pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu, nasib mereka kini boleh diibaratkan sebagai ‘tergantung tidak bertali’ kerana tiada apa-apa jaminan mereka akan menyertai Kelantan secara rasmi.

Apa yang mebimbangkan adalah episod hitam yang melanda pasukan Perlis FA pada musim lepas berulang kembali sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya nasib pemain dan berisan kejurulatihan. Semoga ianya tidak berulang kepada pasukan-pasukan lain pada tahun ini.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN