TFC Masih Jadi Keutamaan Nasir Basharudin

Nasir Basharudin TFC

Pemain tengah Kelab Bolasepak Terengganu (TFC), Mohamad Nasir Basharudin mengakui keutamaannya pada ketika ini adalah untuk terus kekal bersama kelab tersebut meskipun mendapat beberapa tawaran daripada pasukan dalam saingan Liga Super.

Semuanya BOLA juga dimaklumkan bahawa kelab tersebut telah menawarkan kontrak lanjutan kepada Nasir yang membolehkan beliau untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam usaha memberikan sumbangan berkesan buat TFC  bagi menghadapi saingan Piala AFC dan Liga Malaysia 2021.

Nasir yang berhijrah ke Terengganu pada awal musim ini selepas sembilan tahun bersama Perak dilihat menjadi antara tonggak di jentera tengah buat Nafuzi Zain apabila pemain berusia 30 tahun itu diturunkan sebanyak tujuh kali selaku pemain kesebelasan utama.

Sehubungan dengan itu, beliau berhasrat untuk memberikan sumbangan lebih bermakna buat TFC sekali gus dalam membantu kelab tersebut meraih sesuatu yang lebih baik pada musim hadapan.

”Musim 2021 yang bakal menjelma pada bulan Februari pastinya saya mengharapkan untuk mendapat lebih banyak minit perlawanan dalam usaha untuk membantu pasukan.”

”Saya mendapat beberapa tawaran daripada beberapa pasukan dalam Liga Super tetapi menjadi keutamaan saya adalah untuk bersama TFC.”

”Selain daripada saya memang telah ditawarkan kontrak lanjutan, TFC juga akan bersaing dalam kempen Piala AFC musim hadapan,” ujar Nasir ketika dihubungi wakil Semuanya BOLA.

Ketika ditanya adakah pasukan lamanya [Perak] merupakan salah sebuah pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmtanya, ini respon daripada Nasir:

”Tiada sebarang perbincangan dilakukan, tetapi sebagai anak kelahiran Perak dan pernah beraksi dalam tempoh yang lama bersama pasukan tersebut, hati saya sentiasa terbuka untuk kembali tetapi TFC masih lagi jadi keutamaan saya buat masa ini.”

Kredit featured image: Terengganu Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Nasir Basharudin:

Nasir Basharudin Mula Curi Hati Penyokong TFC

Nasir Basharudin Enggan Dilabel Penumpang, Azam Bantu Terengganu FC Buru Kejuaraan

Aksi Bertemu Perak, Pengalaman Baharu Nasir Basharudin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN