Kali terakhir Pulau Pinang melangkah ke suku akhir Piala Malaysia adalah pada musim 2006 dan selepas 14 tahun, dengan bimbingan Manzoor Azwira, mereka kembali.
Harus diakui Pulau Pinang mengalami turun naik dalam saingan Liga Malaysia tanpa kejayaan yang boleh dibanggakan. Kejuaraan Liga Premier yang mereka raih baru-baru ini juga merupakan yang pertama buat mereka selepas kali terakhir menjulang trofi adalah ketika menjuarai saingan Piala FAM pada musim 2013.
Ini jelas menggembirakan pengendalinya, Manzoor Azwira Abd Wahid yang dilihat telah memberi nafas baharu buat mereka. Indikasi jelas yang Pulau Pinang bersedia untuk saingan Liga Super musim hadapan apabila berjaya menewaskan pasukan yang bermain di Liga Super, FELDA United dengan keputusan 3-1, di Stadium Bandaraya.
Menurutnya ketika sidang media, “Rasanya kali terakhir kita ke suku akhir adalah pada 2006. Jadi, ini satu pencapaian yang baik buat pasukan. Dan saya rasa sangat gembira kerana kita berjaya mendapat semangat dan momentum untuk aksi seterusnya.”
FT | KEPUTUSAN MASA PENUH@OfficialJohor 1-0 @KuchingFA
@fa_penang 3-1 @feldaunitedfc @official_kfa 3-2 @officialpahang #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#JDTKUC#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/Lw1iQiMf8j— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Dan tentunya beliau bersyukur dengan apa yang telah dicapai pada perlawanan malam tadi walaupun boleh dikatakan aspek kecergasan pemain sedikit meresahkan kerana mereka sudah berehat terlalu panjang selepas berakhirnya saingan Liga Premier.
“Perlawanan terakhir liga kita [adalah] pada 9 Oktober, jadi agak lama juga sebelum kita turun bermain pada malam ini. Alhamdulillah, kita berjaya capai kemenangan dan kita berjaya sampai ke peringkat suku akhir,” tambah Manzoor Azwira lagi mengenainya.
Pulau Pinang telah membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan penjaring terbanyak Liga Premier, Casagrande sebelum pemain sayap, Amer Azahar menambah jaringan pada minit ke-62 menerusi satu kombinasi menarik bersama Al-Hafiz Harun.
62' | GOL AMER AZAHAR!
@fa_penang menambah jaringan kedua menerusi Amer Azahar.#TMPialaMalaysia2020#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/Y3TTrD2aOa
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Sebelum itu, tiga minit selepas babak kedua bersambung, FELDA United telah berjaya mengikat kedudukan menerusi pemain gantian, Nicolas Velez untuk The Fighters cuba mempamerkan kebangkitan memberi tentangan yang sengit kepada pihak lawan.
Dan, gol ketiga Pulau Pinang yang telah membunuh perlawanan telah dijaringkan oleh Lee Chang-hoon menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan Zarif Irfan Hashimuddin yang diganggu loncatan pertahanan Pulau Pinang, Rafael Vitor.
Di suku akhir nanti, Harimau Kumbang akan menanti pemenang antara UiTM FC dan Kelantan yang mana menurutnya mempunyai kelebihan tersendiri. Menurutnya, UiTM FC dalam fasa momentum terbaik selepas prestasi membanggakan di baki saingan Liga Super dan Kelantan pula adalah skuad yang sentiasa ada kejutan.
KREDIT FEATURED IMAGE: MFL
Baca lagi artikel tentang Manzoor Azwira & Piala Malaysia 2020:
Piala Malaysia 2020: Kpah, Kipre Bawa Kedah ‘Terbang’ Ke Suku Akhir
Piala Malaysia 2020: Jaringan Arif Aiman Bawa JDT Ke Suku Akhir
Pemerhati Bebas: Undian Piala Malaysia Telus, Tuah Berpihak Kepada JDT