Tewaskan PKNS FC, Permulaan Baik Buat Bos Gaurus

Perak memulakan saingan TM Piala Malaysia 2017 dengan langkah kanan apabila berjaya menumpaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  (PKNS) FC 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak , Ipoh.

Separuh masa pertama

Perak mula mengasak ke kubu PKNS FC seawal minit ke-5 namun rembatan kaki kanan dari Hafiz Kamal melewati palang gol lawan yang dikawal oleh Zamir Selamat.

Selang 3 minit kemudian Gilmar pula mengancam kubu PKNS FC dengan sepakan kencang yang berjaya ditangkap kemas Zamir.

10 minit pertama memperlihatkan penguasaan Perak yang lebih mendominasi kawasan tengah yang dikemudi dengan baik Leandro Dos Santos bersama Hafiz Kamal.

PKNS FC juga sesekali mengkucar-kacirkan pertahanan Perak apabila percubaan lambung dari Fabio Fereira dari luar kotak penalti pada minit ke-14 mudah diselamatkan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim.

Memasuki pertengahan babak pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun penyudah tumpul menggagalkan usaha mereka mencari jaringan.

Peluang keemasan Perak hadir pada minit ke-32 menerusi Hafiz Kamal yang melakukan sepakan lambung menarik bagi menewaskan Zamir, namun penjaga gol pasukan pelawat itu lebih pantas menafikan percubaan cantik tersebut.

Pertahanan pelawat, Abdou Jammeh turut memiliki peluang terbaik bagi menghasilkan jaringan pendahuluan walaupun tidak dikawal dalam situasi sepakan percuma namun pemain import itu terlalu gopoh di hadapan gol.

PKNS FC semakin bernafsu mengasak kubu Perak dan peluang sekali lagi terhidang apabila Muhammad Alif Haikal Sabri membuat percubaan yang sedikit tersasar melewati palang gol.

Perak dihadiahkan sepakan penalti pada minit akhir babak pertama apabila Yashir Pinto dikasari Azmi Muslim dalam kotak penalti.

Namun Gilmar yang menggalas tanggungjawab tersebut gagal menyempurnakan peluang tersebut apabila sepakannya terkena tiang gol untuk tamat babak pertama dengan keputusan tanpa jaringan.

Aksi yang ditampilkan oleh Fabio Fereira yang beraksi di sayap kanan ternyata berjaya mengkucar-kacirkan bahagian pertahanan Perak dengan skill individu dan kepantasan yang dimiliki.

Manakala Thiago Junio De Aquino pula menjalankan tugas  dengan baik apabila berjaya mengunci pergerakan Patrick Ronaldinho Wleh dengan baik.

Separuh masa kedua

2 Tandukan Gilmar susulan sepakan percuma pada minit ke-52 dan 54 berjaya dinafikan oleh kecemerlangan Zamir Selamat.

Perak jelas menguasai perlawanan pada babak kedua.

Kemasukan Zaquan Adha yang menggantikan Nasir memberikan impak yang positif buat pasukan apabila berjaya menghasilkan 2 bantuan kepada jaringan pasukan.

Ianya terbukti apabila sepakan sudut yang diambil Zaquan  terus singgah ke kepala Thiago Aquino yang berjaya menanduk masuk bola bagi memecah kebuntuan pada minit ke-71.

Jaringan tersebut jelas memberikan tonik tambahan buat Perak apabila terus menambah jaringan 8 minit kemudian.

Gilmar berjaya menolak masuk mudah hantaran leret dari Zaquan Adha yang gagal ditangkap dengan kemas oleh Zamir bagi terus menjarakkan kedudukan.

Dengan kemenangan pertama ini meletakkan Perak berada di tangga teratas kumpulan manakala PKNS FC ditangga terakhir apabila satu lagi perlawanan dalam kumpulan B diantara Felda United dan Kuala Lumpur berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Pemain terbaik pilihan penulis : Thiago Junio De Aquino

Barisan pemain:

Perak – Muhammad Hafizul Hakim (penjaga gol), Amirul Azhan Aznan, Thiago Junio De Aquino, Mohd Shahrom Abdul Kalam (kapten),  Nazirul Naim Che Hashim, Leandro Dos Santos,  Mohd Hafiz Kamal (Shahrul Mohd Saad), Mohamad Nasir Basharudin (Muhd Zaquan Adha Abd Radzak),  Mohd Nazrin Mohd Nawi (Jasazrin Jamaludin), Yashir Armando Pinto Islame, Gilmar Jose Da Silva Filho

PKNS FC – Zamir Selamat (penjaga gol), Mohd Nizam Abu Bakar (kapten), Azmizi Azmi, Abdou Jammeh, Mohamad Azmi Muslim, Muhammad Khairu Azrin Khazali (Mohd Khairul Ramadhan), Muhammad Alif Haikal Sabri (Bobby Gonzales), Pak Kwangil , Mohd Nazrin Syamsul Bahri, Fabio Fereira, Patrick Ronaldinho Wleh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN