Kedah Mendominasi Perlawanan Di Darul Aman, Tewaskan Melaka United 2-0

Kedah VS Melaka United dalam aksi Piala Malaysia 2017 menjadi perlawanan pembukaan dalam aksi kumpulan C untuk saingan piala nasional tertua di Asia ini.

Minit-minit awal permainan menyaksikan Kedah mengawal tempo permainan apabila berjaya memaksa Melaka United untuk bermain dengan tempo kelajuan pasukan tuan rumah.

Syazwan Zainon hampir menjaringkan gol pertama perlawanan apabila gerakan beliau terkena pertahanan yang menghasilkan spakan penjuru.

Sandro Da Silva punya peluang untuk menjaringkan gol seminit kemudian menerusi cut back dari Syazwan tetapi bola rembatan beliau terkena Syafiq Ahmad yang berada dalam kedudukan ofsaid.

Melaka United cuba untuk bermain permainan bola sepak yang tenang dan tidak terburu-buru, namun beberapa gerakan yang tidak kemas ketika hendak memasuki pintu gol Kedah mengecewakan mereka.

Gerakan dari sebelah kiri menerusi Syazwan nyata memberikan masalah besar buat pasukan pelawat apabila hantaran dari sebelah kiri sering saja memberikan gol untuk pasukan Kedah.

Hantaran silang awal dari Baddrol Bakhtiar hampir saya berjaya mencari Syazwan disebelah kiri, namun bola terlalu kuat untuk pemain itu kejar.

Azinee Taib hampir saja menjaringkan gol untuk Melaka United apabila hantaran lintang Khair Jones berjaya menemui beliau namun rembatan kali pertama (first timer) melewati palang gol.

Tiang! Percubaan Sandro hasil hantaran Syazwan terkena tiang gawang Melaka United. Sekali lagi, bahagian kanan Melaka United bocor dengan mudah.

Syafiq cuba untuk mendapatkan gol menerusi rembatan dari luar kotak penalti, namun percubaan beliau terus ke dakapan Fazli Paat.

Pertahanan Kedah sedikit goyah apabila pasukan Melaka United cuba untuk masuk menyerang.

GOL! Kedah akhirnya menjaringkan gol pada minit ke-30 selepas Sandro melakukan rembatan leret yang padu menerjah jaring Melaka United. Satu voli yang cantik!

Marko Simic hampir menjaringkan gol menerusi situasi bola mati namun tandukan beliau sedikit tersasar.

Sandro hampir menjaringkan gol kedua selepas menerima bola tandukan Baddrol namun percubaan beliau berjaya dihalang oleh pertahanan lawan.

Separuh masa pertama menyaksikan Kedah berjaya memaksa Melaka United untuk bermain dengan rentak mereka dan banyak percubaan berjaya dicipta namun penyudah tidak ada.

Tetapi Melaka United juga berjaya menggangu Kedah dengan beberapa siri gerakan ke pintu gol mereka.

Gambar: Kedah FA

Separuh masa kedua

Percubaan pertama di separuh masa kedua hadir menerusi Syazwan apabila percubaan serong beliau hampir saja menerjah jaring namun rembatannya tersasar.

Tandukan dari Jasmin Mencinovic hampir begitu baik apabila berjaya menepati sasaran namun ia mudah dikeluarkan pertahanan Kedah.

Hampir! Tandukan dari Syafiq hampir saja memberikan jaringan kedua untuk Kedah namun tandukan lambung beliau melewati gol.

Hampir lagi! Kali ini Liridon Krasniqi pula hampir menjaringkan gol. Gerakan cantik dari sebelah kiri Kedah hampir saja disudah oleh Liridon sebaliknya ia singgah ke sisi jaring.

Kedah sekali lagi hampir menjaringkan gol apabila Sandro melakukan percubaan lencong yang hampir saja masuk ke dalam pintu gol Melaka United.

GOL! Kedah akhirnya memperoleh gol kedua mereka menerusi Baddrol Bakhtiar apabila beliau menyudahkan gerakan sempurna pasukan Kedah pada minit ke-64.

Gerakan tersebut bermula dari kiri oleh Liridon disambung ke Syafiq dan diakhiri oleh Baddrol.

Tempo perlawanan menjadi perlahan dan tidak banyak gerakan menarik dihasilkan kedua-dua pasukan.

Kedah dilihat memperlahankan tempo permainan, ia membolehkan Melaka United untuk masuk dan mengancam pintu gol mereka.

Namun, tiada hasil positif dicatatkan.

Simic hampir berjaya menggunakan peluang kelalaian pertahanan Kedah, namun larian beliau disekat sebelum beliau berjaya melakukan percubaan.

Percubaan leret Fauzi Roslan nyata tidak memberikan apa-apa buat Melaka United apabila ia meliar dari sasaran gol.

Syazwan berpeluang menjaringkan gol ketiga Kedah namun tandukan beliau hanya lemah dan ditangkap kemas Fazli.

Secara keseluruhannya, Kedah berjaya memaksa Melaka United untuk bermain dengan tempo dan gaya permainan mereka.

Ia mendorong Kedah untuk berjaya merobek gawang Melaka United dan menguasai perlawanan.

Tamat perlawanan, Kedah 2-0 Melaka United.

Kesebelasan utama

Kedah: Ifwat Akmal (penjaga gol), Khairul Helmi Johari (ketua pasukan), Syawal Nordin, Fitri Omar, Ariff Farhan, Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam, Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Syawal Zainon, Syafiq Ahmad

Melaka United: Fazli Paat (penjaga gol), Khair Jones (ketua pasukan), Nicolas Ryan, S. Sivanesan, Fandi Othman, Norhakim Isa, Akmal Zahir, Azinee Taib, Jeon Woo Young, Jasmin Mencinovic, Marko Simic

Pegawai perlawanan

  • Amirul Izwan Yaacob (pengadil)
  • Azanor Huslan (penolong pengadil 1)
  • Asmadi Hasni (penolong pengadil 2)
  • Munir Izam (pegawai ke-4)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN