Tewaskan Manchester United, Brighton Sah Kekal Di EPL

Tandukan Pascal Gross pada separuh masa kedua perlawanan mengesahkan Brighton kekal beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas menewaskan Manchester United 1-0 pada awal pagi tadi.

Gross memecah kebuntuan jaringan di dalam perlawanan ini dengan tandukan dari jarak dekat, dan hanya disahkan sebagai jaringan melalui peranti Goal Decision System pada minit ke-57 perlawanan.

Getty Images

Jaringan tersebut dikira selepas ianya disahkan bola telah melepasi garisan gol sebanya 2.8cm, setelah pada separuh masa pertama menyaksikan David de Gea cemerlang menyelamatkan sepakan voli oleh Glenn Murray.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menghasilkan jaringa pada separih mas kedua perlawanan, namun sekali lagi prestasi skuad Jose Mourinho menjadi persoalan tatkala mereka sedang berusaha mengesahkan kedudukan di tangga kedua EPL dan juga perlawan akhir Piala FA yang bakal tiba.

Kemenangan ini bermakna Brighton yang berada di kedudukan ke-11 EPL berjaya mengesahkan diri kekal di EPL selepas memenangi promosi daripada Championship pada musim lalu.

Getty Images

Manakala skuad Jose Mourinho masih perlu memburu mata demi mengesahkan diri menamatkan saingan pada musim ini di tangga kedua EPL.

Setelah Marouane Fellaini terlebih dahulu menyaksikan gol jaringannya dibatalkan akibat offside, Glen Murray melakukan rembatan voli cantik dari jarak 25 meter yang berjaya diselamatkan oleh David de Gea.

De Gea yang dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan (POTY) Manchester United buat musim keempat berturut-turut pada minggu ini turut cemerlang menafikan percubaan Jose Izquierdo dan juga salah satu percubaan Pascal Gross akibat kesilapan yang dilakukan Fellaini.

Penjaga gol Brighton, Mathew Ryan turut cemerlang menafikan percubaan Paul Pogba pada permulaan babak kedua perlawanan, sebelum Brighton memecah kebuntuan pada minit ke-57 perlawanan.

Getty Images

Berpunca daripada hantaran lintang Izqueirdo yang gagal dihalang kemas oleh barisan pertahanan United, Gross mengambil kesempatan untuk melakukan tandukan dari jarak dekat.

Bola tersebut melintasi garisan, walaupun kelihatan seperti Marcos Rojo telah berjaya menyelamatkan keadaan.

Izqueirdo nyaris menambah jaringan buat Brighton selepas itu, namun percubaan pemain sayap itu kali ini tinggi melewati palang, tatkala pemain seperti Pogba dan Martial kelihatan sukar memberikan impak di dalam perlawanan ini.

Martial turut memeliki percubaan yang tersasar pada akhir babak perlawanan, tatkala Jesse Lingard turut gagal menyempurnakan peluang yang terhidang selepas bertukar hantaran dengan Martial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN