Steven Gerrard Secara Rasmi Dilantik Sebagai Pengurus Glasgow Rangers

Pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard dilantik sebagai pengurus kelab Scotland, Glasgow Rangers. Beliau secara rasminya telah menamatkan tugas sebagai jurulatih pasukan muda Liverpool.

Steven bakal memulakan tugas rasmi sebagai pengurus kelab itu pada musim ini.

GLASGOW, SCOTLAND – MAY 04: Steven Gerrard shakes hands with Dave King as he is unveiled as the new manager of Rangers football Club at Ibrox Stadium on May 4, 2018 in Glasgow, Scotland. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Karier warna-warni

Sebelum ini, beliau telah menolak tawaran untuk menguruskan Milton Keynes Dons (MK Dons). Los Angeles Galaxy merupakan kelab terakhirnya sebagai seorang pemain.

Semasa di Liverpool, beliau telah menjadi kapten pasukan selama 12 tahun. Steven bersama kelab utama Inggeris itu selama 19 tahun.

Pada tempoh tersebut, beliau telah memenangi pelbagai trofi. Antaranya, UEFA Champions League dan Piala FA.

Antara detik diingati ialah ketika menjadi nadi utama kelab sewaktu di bawah pengurusan Rafael Benitez.

Temuramah pertama

Ketika sesi pengenalan rasmi di Glasgow, Steven mengakui beliau menghormati sejarah dan tradisi kelab utama Scotland itu. Beliau sendiri mengatakan tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab demi membawa banyak kejayaan di Ibrox.

Namun begitu, barisan kejurulatihan di kelab itu masih belum diumumkan. Barangkali, beliau akan menyenaraikan individu yang wajar.

Steve Clarke, bekas pemain Chelsea memberikan pendapat tentang perlantikan Steven Gerrard. Beliau memberitahu setiap pengurus akan menjalani era ‘rookie’ di mana tempoh pembelajaran akan dihadapi sebagai pengalaman menjadi pengurus.

KIRKBY, ENGLAND – OCTOBER 06: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Liverpool U18 manager Steven Gerrard watches his players warm up before the U18 friendly match between Liverpool and Burnley at The Kirkby Academy on October 6, 2017 in Kirkby, England. (Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)

Steve Clarke sendiri pernah menjadi pengurus di West Bromwich Albion dalam kancah liga Inggeris. Kini beliau menjadi pengurus di Klimarnock.

Rangers berani mengambil risiko dengan melantik bekas kapten Liverpool ini. Adakah beliau akan berjaya di Scotland? Kita perlu berikan masa untuknya.

Cuma, adakah sinar kejayaan di Liverpool diulangi pula di Rangers?

Selamat maju jaya buat Steven Gerrard dan Rangers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN