Kuching City terpaksa menelan keputusan pahit buat pertama kali musim ini dalam saingan Liga Super 2023 selepas mereka tewas menerusi keputusan besar 0-5 di tangan Selangor di laman sendiri.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching itu jelas pasukan tuan rumah langsung tidak berdaya untuk menghadapi Selangor yang tampil dengan serba positif di segenap posisi sepanjang 90 minit permainan.
Lima gol dihasilkan oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe cukup untuk membuatkan Kuching City terdiam dan memberi pengajaran besar buat mereka mengenai perbezaan semasa jurang antara pasukan tersebut.
Tamat perlawanan. Bukan keputusan yang diinginkan. Dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. Kita terpaksa akur dengan keputusan perlawanan dan Selangor FC ternyata lebih baik hari ini. Kita perbaiki di perlawanan akan datang. #kamekkuchingcity#iamkuchingcity pic.twitter.com/Ln0EBrdRkE
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) March 2, 2023
Gol-gol Selangor telah diledak oleh Noor Al-Rawabdeh yang mencatat dua jaringan, Ayron Del Valle, Brendan Gan, serta bintang muda mereka iaitu Danial Asri.
Kemenangan tersebut meletakkan kini Selangor berada di tangga kedua liga dengan enam mata berjaya diraih tanpa dibolosi langsung.
Kuching City jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara sepanjang perlawanan berlangsung dan ianya perlu diatasi segera untuk kembali mencipta kebangkitan pada aksi akan datang.
Organisasi pertahanan lemah
Sepanjang saingan berlangsung, titik kelemahan utama Kuching City jelas terarah kepada posisi pertahanan mereka yang dilihat mengalami kesukaran untuk menyerap asakan lawan.
Gandingan membabitkan dua pertahanan import iaitu Aylton Alemao dan Celio Ferreira dos Santos gagal untuk membentuk persefahaman lebih baik selepas ada kelompongan di antara mereka membenarkan serangan lawan untuk mengeksploitasi.
Malah konsistensi mereka juga begitu mudah terganggu dengan membenarkan lawan begitu mudah untuk menyusup masuk serta mempunyai peluang dan masa bagi membuat percubaan berbahaya.
Kreativiti serangan terbatas
Kuching City sebenarnya tidak begitu negatif pada perlawanan tersebut dengan beberapa percubaan berjaya dicipta mereka untuk sekurangnya mendapat satu gol.
Namun, kreativiti mereka sangat lemah dengan pergerakan dicipta mereka mudah diatasi pertahanan Selangor untuk meneutralkan segalanya dengan lebih awal, terutama di zon 14.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialKCFC 0-5 @SelangorFC
Noor Al-Rawabdeh (2 gol), Ayron del Valle, Brendan Gan dan Danial Asri mencatat nama sebagai penjaring dalam kemenangan besar Selangor ini.
👉 https://t.co/Jatfem6w5H#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/XEZLwZOODh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 2, 2023
Abu Kamara antara pemain yang sangat baik untuk menawarkan aspek serangan buat Kuching City, namun kombinasi pergerakan yang cuba dicipta tidak begitu tersusun dan cepat dipintas lawan.
Faktor pengalaman
Apa yang membezakan Kuching City dan Selangor pada perlawanan ini sudah tentu menerusi pengalaman yang ada dalam barisan para pemain di atas padang.
Kebanyakan pemain Kuching City tidak pernah bermain di peringkat lebih tinggi berbanding Selangor yang rata-rata diwakili oleh pemain negara serta berkelebihan dalam selok belok aksi Liga Super.
📸 Aksi Liga Super 2023 – LS2
Kuching City FC 0-5 Selangor FC#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/O1opZwIxkP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 2, 2023
Sesuatu pengajaran yang baik sebenarnya buat para pemain kendalian Irfan Bakti Abu Salim ini untk hadir dengan lebih baik serta menyedari lebih awal mengenai jurang kekuatan semasa agar mampu memberi daya saing di kemudian hari.