Steinbruckner Tak Mahu Salahkan Pusic Punca Terengganu Kalah Kepada Kedah

Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menganggap kelemahan daripada aspek hantaran bola perlu diperbaiki segera untuk bangkit semula selepas tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman, semalam.

Sudah tentu, ia bukan keputusan yang menggembirakan pengendali dari Croatia ini apabila tewas pada minit-minit terakhir sekali gus memberi tiga mata kepada pasukan tuan rumah di Stadium Darul Aman.

Baginya, barisan pemain masih perlu meningkatkan kualiti hantaran bola terutamanya di sekitar kotak penalti untuk mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol.

Namun, beliau enggan menyalahkan barisan pemain sepenuhnya kerana yang penting adalah untuk segera mencari solusi kepada kelemahan yang ada dalam memastikan tiga mata pertama dapat diperoleh dalam perlawanan seterusnya.

“Sudah tentu apabila kita kalah seperti itu, moral pemain menurun tetapi inilah tugas saya sebagai jurulatih dan pemain profesional lain untuk pastikan kita dapat bangkit.

“Ada sesetengah situasi di mana kita sepatutnya lebih tahu melakukan hantaran yang tepat dan kita perlu ada kualiti dalam menghantar bola dengan baik terutamanya dalam kotak penalti atau di sekitarnya.

“Tapi saya tidak mahu mengeluh sangat mengenai pemain-pemain saya hanya disebabkan satu kesalahan yang membuatkan kita tewas malam ini (semalam) dan kita kena tahu macam mana untuk melakukan penyudah yang lebih baik selepas ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengendali Kedah, Nafuzi Zain tidak menolak Terengganu lebih banyak memberi tekanan kepada mereka sehinggalah perubahan pemain pada saat akhir mengubah situasi permainan sekaligus Kedah menang tipis 1-0.

Namun, baginya dua kemenangan berturut-turut Kedah setakat ini belum meletakkan mereka dalam keadaan selesa dan masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk memastikan prestasi pasukan terus meningkat.

“Alhamdulillah untuk kemenangan tiga mata ini dan kita boleh nampak Terengganu bermain dengan begitu baik.

“Permainan kita agak perlahan dan tidak beri tekanan kepada Terengganu sebaliknya kita yang tertekan dan walaupun kita ada menguasai perlawanan tetapi serangan daripada lawan tetap bahaya terutamanya dari Sony Norde.

“Kita memang bermain di bawah tekanan di mana Terengganu juga mencipta banyak peluang tetapi pertukaran pemain kita yang banyak mengubah situasi malam ini (semalam).

“Keseluruhan kita mampu bermain dengan lebih baik dan dengan suasana yang masih baru mungkin pemain masih gemuruh tetapi ini akan diperbaiki dari masa ke semasa,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN