Pada minggu lalu, Carlos Tevez dibatalkan gol dalam perlawanan di antara Shanghai Senhua dan Guangzhou R&F.
Pengadil perlawanan telah membatalkan gol solo menarik Carlos Tevez kerana mendakwa bola terkena tangan Tevez.
Ketika insiden itu, perlawanan berkedudukan 0-0 pada minit ke-86. Tevez nyata masih kecewa dengan keputusan tidak masuk akal oleh pengadil yang berada dalam kedudukan terbaik melihat situasi itu.
Tevez bercakap kepada TV Movistar di Sepanyol. Tevez agak sinikal dan mengkritik teruk liga CSL. Bukan sahaja dari segi pengadilan, malah dari segi kelembikan para pemain untuk bersaing fizikal.
Banyak situasi di mana para pemain bersaing dengan tubuh (body-contact) terus wisel ditiupkan kerana ianya foul menurut pengadil di China.
https://www.youtube.com/watch?v=ajWdyqBxi3s
Selain daripada mutu pengadilan, Tevez turut mengkritik pemain-pemain dan penyokong bola sepak di China. Tevez berkata:
“Saya tidak rasa mereka (kelab-kelab China) akan mampu bersaing dengan kelab-kelab elit Eropah.”
“Bola sepak di sini sangat berbeza. Ini termasuk penyokong, mereka melihat bola sepak dalam cara yang sangat berbeza.”
“Jika keadaan ini berterusan, sampai 50 tahun akan datang pun saya tidak rasa mereka akan mampu bersaing di peringkat tertinggi.”
“Mereka tidak fizikal dan saya rasa mereka sangat naif. Mereka boleh mencederakan anda dengan sepakan (tidak sengaja) kerana mereka terlalu gelabah untuk melakukannya.”
“Secara teknikal mereka tidak cukup bagus. Tetapi saya mendengar, kerajaan China menetapkan dasar agar kanak-kanak didedahkan dengan cara bermain yang betul. Saya harap ini akan membantu mereka.”