Joan Laporta: “Tolong Jangan Bandingan Real Madrid Zidane Dengan Barcelona Guardiola”

Bekas Presiden Barcelona nampaknya menghangatkan suasana apabila ditanya wartawan pandangan beliau tentang pasukan Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane dengan Bacelona di bawah kendalian Guardiola.

Ini selepas pasukan Real Madrid mempertahankan kejuaraan UCL untuk musim 2015/16 dan 2016/17. Real Madrid turut merampas kejuaraan La Liga dari tangan Barcelona musim ini.

Sudah pastinya Laporta akan mempertahankan Barcelona. Namun Laporta memberikan komen yang agak panas. Berikut adalah komen beliau:

“Pada pandangan saya, rasanya tidak perlulah kita nak membandingkan pasukan Real Madrid – Zidane dengan pasukan Barcelona di bawah Pep. Sangat jauh bezanya.”

“Pasukan Barcelona dahulu di bawah Pep Guardiola bermain bola sepak yang kita boleh panggil sebagai satu seni.”

“Mereka (Real Madrid) ada pasukan yang hebat, sangat seimbang dengan skuad yang bagus. Namun saya berpendapat pasukan terbaik yang pernah saya saksikan adalah pasukan Barcelona di bawah Pep Guardiola.”

Laporta mengakhiri jawapan beliau dengan kesimpulan pedas berbunyi begini:

“Jika pasukan Real Madrid Zidane ini berjaya memenangi kejuaraan sebanyak yang Barcelona menangi pada 2009, dan kemudian melakukan kebangkitan seperti yang Barcelona lakukan ketika menang 6-2 di Camp Nou, barulah kita boleh sembang pasal hal ini nanti.”

Skuad Barcelona di bawah kendalian Guardiola dahulu antara yang terunggul dalam sejarah bola sepak dunia. Mereka pernah sextuple dalam semusim. Dan masih kekal satu-satunya pasukan dalam 5 liga utama Eropah yang melakukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN