Jeong Myeongho, ejen kepada jurulatih TRW Kelantan, Choi Moon-sik yang ‘direhatkan’ nampaknya tekad menyerang kelab dari pantai timur tersebut dengan pendedahan demi pendedahan yang mengejutkan.
Menerusi hantaran-hantaran di IG-Story miliknya, sasaran ditumpukan ke arah pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.
Antara isu yang didedahkan adalah mengenai isu dalam seperti padang latihan, kebajikan serta pemakanan pemain menjelang perlawanan.
Tempoh hari dalam pendedahan awalnya, Jeong mempersoalkan campur tangan Norizam terhadap pemilihan pemain pemain yang dibuat tanpa perbincangan ketua jurulatih yang sepatutnya berkuasa penuh terhadap perkara tersebut.
Credit: Ejen yang membawa masuk beberapa pemain & jurulatih Korea Selatan ke Malaysia. https://t.co/BK72ldg6Vk pic.twitter.com/x6oF5CTnqN
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) April 4, 2023
Seterusnya kelab tersebut juga sedang berdepan dengan isu tunggakan gaji di mana pemain sudah tidak menerima pembayaran gaji untuk dua bulan.
Malah pihak pengurusan pasukan juga dikatakan sering memaki hamun pemain dan bergaduh dengan jurulatih di bilik persalinan.
Norizam kemudian mengeluarkan kenyataan di akaun media sosial mempertahankan beberapa tindakannya kerana berpendapat beliau sebagai pemilik kelab juga mempunyai hak untuk ‘masuk campur’, setelah melihat kekalahan demi kekalahan yang dialami.
“Saya kena campur tangan sebab takda pemilik nak kelabnya kalah dan lauk terus. Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih,” ujar Zamsaham.
Jawapan tersebut nampaknya tidak mengendurkan serangan Jeong terhadap Kelantan. Terbaharu beliau mendedahkan gambar yang memaparkan imej Choi Moon-sik sedang mengisi air di dalam kereta sorong bagi membaik pulih padang latihan.
Ejen Coach Choi masih tidak mahu menukar kepada formasi bertahan walaupun sudah mendahului dengan selesa. Kini ejen Coach Choi berjaya mendapatkan satu tendangan penalti dan disempurnakan dengan mudah. https://t.co/ZkX4EEdnZr pic.twitter.com/i1mWeTYcFc
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) April 7, 2023
“Jurulatih saya perlu menjaga rumput setiap hari? Bukankah anda menandatangi kontrak jurulatih saya kepada pasukan anda untuk [melatih] bola sepak,” soal Jeong.
Jeong turut memaparkan gambar makanan ‘ala kadar’ yang disediakan pasukan sehingga pemain terbaik keluar untuk mencari makanan lain menggunakan wang mereka sendiri.
Seterusnya Jeong turut mendedahkan motivasi para pemain dan jurulatih ketika ini terganggu akibat masalah pembayaran gaji dan mendedak agar pihak pengurusan mengendalikan pasukan secara profesional.
Pemain yang cedera juga dikatakan tidak dipedulikan oleh pihak pengurusan yang sepatutnya menanggung kos rawatan, sebaliknya pemain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri dengan mengambil contoh kecederaan Ikhwan Yazek.
Namun begitu, pertahanan dibina ejen Coach Choi cukup ampuh & terus melancarkan serangan balas menerusi isu yang membelenggu Ikhwan Yazek.
P/s: Ikhwan Yazek turut memadamkan kesemua posting melibatkan pasukan Trw di laman instagram personal beliau. https://t.co/Xq6KRK85Co pic.twitter.com/XI9KJQgvKj
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) April 7, 2023
Dengan pendedahan-pendehan ini, kini sudah timbul persoalan dalam kalangan penyokong tegar The Red Warriors. Adakah Norizam benar-benar menyelamatkan bola sepak Kelantan atau sekadar seorang pemilik yang ‘bual besar?’
Dalam media sosial, kebanyakan penyokong Kelantan mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan isu ini.
Namun segelintirnya tampil mempertahankan Norizam yang dianggap sudah banyak menyelesaikan kemelut yang melanda sejak mengambil alih pasukan beberapa tahun lalu.