Terus Dekati Peminat, Felda United Terlibat Dengan Festival Gegar Gempak Raya 2019

Felda United

Selepas menjalinkan hubungan dengan Universiti Malaya dalam menganjurkan FUFC-UMazing Run 2019 pada penghujung April lalu, Felda United terus mengambil pendekatan ‘dekat di hati’ peminat apabila terlibat pula dengan Festival Gegar Gempak Raya 2019.

Festival yang bakal diadakan pada 24 hingga 26 Mei itu adalah hasil inisiatif pihak penganjur, Aisy Azka Event Management dalam usaha menggabungkan kesemua keperluan hari raya di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai terutamanya dari Lembah Klang untuk mendapatkan keperluan hari raya.

Antara keperluan hari lebaran yang boleh didapati adalah seperti baju melayu, baju kurung, tudung, shawl, kasut, biskut raya, parfume, pelbagai aksesori raya dan banyak lagi.

Dikhabarkan hampir 45 orang selebriti tanah air akan membuka ‘booth’ jualan tanpa henti selama 72 jam pada acara yang diadakan di di Hall A, MAEPS Serdang, Selangor itu.

Hasil kerjasama dengan pihak penganjur, Felda United secara tidak langsung juga akan terlibat dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan sesi ‘meet and greet’ para pemain kelab tersebut bersama anak-anak yatim pada hari terakhir festival.

Dikhabarkan ketua jurulatih, Nidzam Jamil bersama-sama ketua pasukan, Hadin Azman serta Thiago Junio De Aquino antara yang akan turut menyerikan majlis tersebut.

Langkah yang diambil Felda United dalam mendekatkan diri dengan orang ramai adalah satu inisiatif yang wajar dipuji kerana seperti kita ketahui, bola sepak merupakan sukan nombor satu di Malaysia dan dunia khususnya.

Kesempatan itu perlu digunakan sepenuhnya oleh pasukan bola sepak dan ia sekaligus dapat meningkatkan lagi ‘jenama’ Felda United di mata peminat bola sepak tempatan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN