Mufti WP Kongsi Iktibar Daripada Kebangkitan Mempesonakan Liverpool Atasi Barcelona

Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya merupakan seorang tokoh agamawan yang sentiasa cakna dengan perkembangan semasa merangkumi pelbagai aspek berita.

Sehubungan dengan itu, senario bola sepak tanah air dan dunia juga tidak terlepas daripada ruang lingkup ulasan beliau.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli sebelum ini pernah mengulas mengenai Mohamed Salah, jaringan Syahmi Safari di Bangkok serta kempen Piala Dunia 2018.

Kali ini sudah tentunya kebangkitan hebat Liverpool menewaskan Barcelona dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 tempoh hari menjadi tumpuan Dr. Zulkifli.

Sebagai seorang agamawan terkenal, setiap bait kata-katanya pasti akan berkisarkan dengan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar buat kehidupan seharian setiap umat manusia.

Dalam perkongsian tersebut, Dr. Zulkifli telah mencoretkan empat pengajaran yang boleh diambil berdasarkan kebangkitan hebat Liverpool di Anfield itu.

Antara pengajaran yang mendapat perhatian mufti berusia 50 tahun itu adalah:

1) Sifat ‘over-confident’ yang boleh memakan diri.

2) Semangat yang kental dan azam yang tinggi boleh mengubah sesuatu keputusan.

3) Semangat berpasukan atau team-building adalah acuan yang terbaik dalam menempa kejayaan.

4) Sifat tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan yang luar biasa.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli turut menegaskan bahawa pemenang antara Liverpool dan Tottenham Hotspur di perlawanan akhir akan bergantung kepada pasukan mana yang beraksi dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun secara terbuka memilih Liverpool sebagai juara pada edisi kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN