Terus Berbakti Kepada Negara, Sadio Mane Kini Bina Hospital

Sadio Mane

Pemain sayap Liverpool, Sadio Mane kini telah mencapai misinya membantu warga kampungnya di Senegal.

Beliau yang pulang ke kampung halaman sebelum ini telah berjumpa dengan Presiden Senegal iaitu Macky Sall untuk membincangkan potensi membina sebuah hospital di Bambali.

Dan kini, pembinaan itu berjaya direalisasikan dengan Mane memberikan sumbangan dana kepada kerajaan Senegal untuk menjayakan projek itu.

Menurut laporan SB Nation, Mane menyumbangkan sebanyak €530 ribu bagi tujuan kos pembinaan hospital tersebut.

Dengan wujudnya hospital tersebut, ianya telah menjadi bangunan komuniti kedua yang dibina oleh Mane menggunakan wangnya selepas mendirikan sekolah menengah di kampungnya itu.

https://twitter.com/NuhuAdams_/status/1406617984165109771

Malah sebelum ini, beliau juga turut mendermakan sebahagian wangnya untuk melawan virus Covid-19 di Senegal.

Pemain kebangsaan Senegal ini jelas sekali amat disayangi di negaranya. Kelincahan di dalam padang serta kurangnya gosip panas di luar padang membuatkan Mane antara bintang yang disegani seluruh dunia.

Malah, Mane juga dianggap sebagai individu yang rendah diri tidak kira ketika di Senegal mahupun Liverpool.

Mane musim ini mengharungi waktu yang sukar bersama The Reds. Beliau hanya merakamkan 16 gol dalam 48 perlawanan bersama Liverpool musim ini.

Baca juga artikel kami mengenai Sadio Mane:

Sadio Mane Derma £41,000 Lawan Coronavirus Di Senegal

Sadio Mane Tersisih Untuk Skuad Liverpool Berdepan Aston Villa

Sadio Mane Pemain Terbaik Afrika 2019

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN