Teruk Diterjah Amri Yahyah, Faisal Halim Tetap Tenang

Faisal Halim

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim tetap tenang disaat beliau menerima ujian hebat ketika perlawanan bertemu Sabah semalam.

Dalam aksi yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam, Faisal menerima satu cabaran keras daripada Amri Yahyah yang merupakan bekas pemain Selangor.

Sewaktu perlawanan yang dimenangi oleh Selangor itu, Amri melakukan cabaran keras dengan menerjah teruk Faisal sehingga membuatkan pemain itu cedera.

Tindakan itu nyata tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Selangor yang nyata tidak lagi menganggp pemain tersebut sebagai salah sebuah legenda kelab selepas mengisytihar dendam kepada pasukan tersebut suatu masa dahulu.

Selepas perlawanan, Faisal menerusi Instagram Storynya mengemaskini keadaannya dengan semuanya dalam keadaan baik.

“Saya okay,” tulis Faisal ringkas sambil menujukkan kecederaan yang diterimanya.

Walaupun Faisal mengatakan yang pemain itu berada dalam keadaan baik, namun begitu jelas sekali situasi ini membimbangkan para penyokong Selangor.

Jika Faisal terpaksa berehat panjang, ini pasti akan menggangu perjalanan Selangor dalam misi mengekalkan kedudukan kedua dalam liga selain memberikan kesan sampingan kepada Harimau Malaya.

Seandainya kecederaan Faisal itu teruk, kemungkinan akan menghalang peluang pemain itu untuk menyertai Harimau Malaya dalam aksi seterusnya pada bulan September sambil membantutkan peluang ke Piala Asia.

Namun begitu, ayuhlah berharap yang kecederaan Faisal ini tidaklah begitu serius dan ini takkan menjejaskan persiapan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN