Vinicius Jr Antara Tak Setuju Jika Kylian Mbappe Sertai Real Madrid

Khabar angin ketika ini kuat menyatakan penyerang sensasi Perancis iaitu Kylian Mbappe bakal menyertai Real Madrid untuk saingan hadapan selepas tidak menyambung kontrak bersama Para Saint-Germain (PSG).

Kisah membabitkan antara Real bersama Mbappe ini bukan sesuatu yang baru, kerana beliau pernah dikaitkan bakal menyertai pasukan tersebut sejak musim lalu lagi.

Namun, harapan untuk Real mendapatkan Mbappe ketika itu tidak menjadi kenyataan kerana beliau menyambung kontrak baharu bersama PSG di Perancis.

Enggan berputih mata, PSG kini mahu menjual Mbappe secepat mungkin dan beberapa pasukan kini mula dikaitkan bakal menandatangani khidmat penyerang muda tersebut, termasuk Real.

Namun, dilaporkan beberapa pemain Real kini dilaporkan tidak setuju tentang penyertaan Mbappe ke skuad tersebut atas pelbagai faktor dan dikongsikan menerusi laporan daripada Bola.com.

Vinicius Junior

Pemain kebangsaan Brazil ini antara yang menolak keras tentang penyertaan Mbappe ke Real Madrid pada saingan akan datang atas faktor persaingan.

Tanpa Karim Benzema kini yang secara rasminya tidak lagi bersama Real, Vinicius Junior menjadi antara pemain yang diharapkan bakal menjadi penggempur utama pasukan tersebut musim hadapan.

Namun, ianya akan memberi masalah buat Vinicius sekiramya Mbappe menyertai Real kerana pemain tersebut dilihat lebih menyakinkan untuk menjadi penggempur utama pasukan.

Rodrygo

Seorang lagi bintang Brazil iaitu Rodrygo turut tidak bersetuju jika Real menandatangani khidmat Mbappe untuk saingan musim akan datang.

Ini kerana, laporan menyatakan Rodrygo tidak ingin menjadi pemain simpanan untuk menyerahkan posisi utama beliau kepada Mbappe dalam senarai kesebelasan utama pasukan.

Joselu

Penyerang berusia 33 tahun ini menjadi pemain ketiga yang menolak keras tentang kemasukan Mbappe ke Real atas faktor minit permainan.

Seperti diketahui, posisi serangan Real menjadi sangat sengit kini dan Joselu tidak mahu kerana kehadiran Mbappe, minit permainan beliau juga akan turut terjejas musim hadapan.

Brahim Diaz

Selepas kembali daripada AC Milan selaku status pinjaman, kini Brahim Diaz perlu bersaing bersama rakan sepasukan lain untuk mendapatkan tempat dalam kem Real.

Sesuatu tidak digemari Brahim peluang beliau untuk mendapat ruang bersama Real mungkin akan terus tipis jika Mbappe menjadi pemain serangan baharu ditandatangani pasukan tersebut tidak lama lagi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN