Tertekan Kurang Aksi, Batshuayi Langgar Peraturan Chelsea Dan Main Futsal

Minit perlawanan sangat penting bagi setiap pemain bola sepak terutama sekali untuk pemain seperti Mitchy Batshuayi yang bersaing dengan ramai pemain untuk tempat utama dalam skuad kebangsaan.

Beliau mendedahkan, ketika di Chelsea beliau agak kecewa kerana kurang bermain dalam perlawanan. Beliau terpaksa melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kelab dan pergi bermain futsal tanpa kebenaran kelab beliau.

Ini kerana, aktiviti futsal tanpa kebenaran kelab akan boleh membawa kepada isu lain jika pemain tercedera ketika melakukan aktiviti tersebut.

Batshuayi memberitahu media, beliau bermain futsal dengan cukup kerap ketika di London, namun tak seorang pun di Chelsea yang tahu.

Bercakap kepada majalah Onze, Batshuayi memberitahu, jika tanpa futsal, beliau mungkin boleh ‘mati’ kerana terlalu kecewa tak dapat bermain bola sepak lebih banyak.

Michy Batshuayi

“Di kelab, anda tidak dibenarkan untuk melakukannya (bermain futsal tanpa kebenaran). Tetapi saya tetap melakukannya.”

“Jika tidak, saya boleh mati ketika itu (saat kurang minit perlawanan di Chelsea). Saya tak pernah beritahu sesiapa di Chelsea dan baru kali ini saya menceritakan hal ini.”

“Saya akan ‘membunuh diri’ (beraksi bermati-matian) di gelanggang futsal untuk 1 atau 2 jam. Itu mandatori untuk saya.”

“Ia membuatkan saya merasa lega, membebaskan diri dari tekanan, merasai sensasi bola, perasaan untuk mencari di mana gol serta keseronokan dengan rakan-rakan saya.”

Batshuayi kini dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan beliau menjadi pemain utama kelab tersebut.

Nampaknya pengakuan ini agak berani mati terutama sekali apabila pengurus anda adalah Antonio Conte.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN