Quantcast

BERITA

Video: Wartawan Muat Naik Detik Pemain Palestine Ini Ditembak ‘Sniper’ Israel

Seorang pemain bola sepak Palestine Mohammed Khalil telah merakamkan detik beliau ditembak oleh penembak tepat Israel. Video tersebut dimuat naik oleh wartawan Palestine, Mohammed Kareem di twitter.

Mohammed Khalil yang bermain di sebuah kelab Gaza Strip, Al-Salah FC telah ditembak oleh askar Israel ketika beliau melakukan tunjuk perasaan secara aman dan tanpa sebarang senjata. Anda boleh tonton video di bawah ini:

Amaran: Konten video mengandungi paparan aksi ganas

Mohammed Kareem kemudian memuat naik satu lagi status dengan kapsyen:

“Rakan saya yang juga pemain bola sepak Palestine, Mohammed Khalil, bermain untuk Al-Salah FC, telah ditembak di bahagian lutut oleh ‘sniper’ Israel ketika beliau sedang melakukan bantahan secara aman.”

“Peluru oleh puak pengganas rasis ini telah membuatkan karier bola sepak beliau berakhir.”

Mohammed Kareem turut berkongsi detik Mohammed Khalil meraikan kejayaan mereka menjuarai divisyen 2 Palestine pada musim lalu.

Mohammed Khalil terpaksa menjalani pembedahan untuk menggantikan lutut beliau yang sudah hancur. Khalil masih terlantar di rumah dengan kecederaan beliau.

Kareem tidak dapat mengesahkan sama ada video itu dirakamkan oleh Khalil sendiri ataupun orang lain. Mohammed Kareem mendapat video itu terus daripada Mohammed Khalil yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menerbitkannya.

“Dia adalah rakan dan juga jiran saya. Dia berikan saya video ini secara ekslusif dan saya melakukan beberapa suntingan dan tweet.”

Mohammed Kareem berharap rakannya itu akan cepat sembuh daripada kecederaan beliau.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu lebih daripada 750 orang Palestine tercedera terkena tembakan tentera Israel menjadikan ia peristiwa berdarah paling teruk sejak perang di Gaza pada 2014.

Duta Palestine ke Amerika Syarikat, Riyad Mansour mengesahkan seramai 1,500 orang terluka dan 750 lagi terkena peluru secara terus dalam pertembungan petunjuk perasaan dengan tentera Israel.

Mansour merayu kepada PBB untuk memberikan perlindungan segera kepada orang awam Palestine terutama sekali di Gaza. Mansour mempertikaikan dasar tentera Israel yang ibarat menembak untuk membunuh (a shoot-to-kill policy).

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!