Pada Julai lalu, kem Kedah pernah dilanda virus COVID-19 apabila dua pemainnya disahkan positif termasuklah Tam Sheang Tsung, sebelum aksi berdepan Penang FC sehingga mereka semua terpaksa menjalani kuarantin.
Walaupun ketika itu, identiti dua pemain itu tidak didedahkan, kini pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Tam Sheang Tsung tampil bersuara kepada New Straits Times mengenai tempoh sukar dilaluinya ketika positif.
Beliau bukan sahaja positif, malah berada di kategori tahap ke-4. Ia jelas satu tamparan hebat buat dirinya.
Sebagai pemain bola sepak, apabila dijangkiti COVID-19, ia jelas waktu yang amat sukar. Virus itu menyerang pernafasan pesakit, yang mana satu aspek penting ketika kita bermain apa-apa aktiviti sukan sekalipun. Ujarnya, ia sangat sukar untuk kembali mendapatkan tahap kecergasannya kerana gangguan kepada pernafasan.
Apatah lagi berada di tahap ke-4, tentunya mereka akan merasai kesan yang lebih teruk. Namun, bagi Tam Sheang Tsung, beliau bersyukur kini boleh kembali berlatih dan mahu membantu Kedah di Piala Malaysia.
“Dada saya rasa sesak, pernafasan menjadi sukar dan tersekat serta hilang deria bau dan rasa. Simptom-simptom itu hilang selepas beberapa hari di hospital,” kenangnya saat melalui detik sukar dijangkiti COVID-19.
Everyone need to watch this.
Covid-19 Tahap 4.https://t.co/WaGEyoMISQ
— Akmal Hamzah (@HadamProject) July 19, 2021
“Ia bermula dengan demam biasa tetapi saya tidak terlalu ambil berat mengenainya sehinggalah kami satu pasukan membuat ujian [swab test]. Saya masih demam dan disahkan positif. Saya dihantar ke pusat penilaian terdekat. Saya telah dipantau selama 15 hari, tiga hari kuarantin secara sendiri dan selebihnya di hospital.
“Saya sertai semula sesi latihan selepas mendapat kebenaran daripada doktor. Saya sangat risaukan tentang pemulihan saya. Saya bergelut untuk mendapatkan semula kecergasan saya. Saya rasa, saya telah bercakap dengan ramai orang yang melalui perkara yang sama,” ujarnya lanjut mengenai proses pemulihan dirinya.
Hampir Seluruh Anggota Pasukan Dijangkiti COVID-19, Negeri Sembilan Tarik Diri Dari Piala Malaysiahttps://t.co/CtEQYG3KnA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 22, 2021
Dan, beliau sangat berterima kasih kepada pengendali, Aidil Sharin Sahak dan barisan fisio pasukan yang membantunya untuk kembali mendapatkan kecergasan yang sepatutnya. “Saya bersyukur dapat kembali cergas 100 peratus dan kembali beraksi,” ungkapnya lagi yang diturunkan beraksi dalam aksi persahabatan.
Difahamkan Tam Sheang Tsung pada awalnya diasingkan sesi latihannya selama dua minggu dan beliau juga tidak dibenarkan untuk berada di bilik persalinan serta harus pulang terus dan mandi di rumah selepas latihan.
DItanyakan apa nasihatnya kepada para pemain Negeri Sembilan yang mana baru sahaja disahkan positif COVID-19, beliau berkata, “Banyakkan berehat dan jangan tertekan dengan perkara yang di luar kawalan kita.”
“Tubuh badan kita adalah doktor yang terbaik, jadi kita perlu menjaganya terlebih dahulu,” ungkapnya.