‘Terpulang Kepada Pengurusan MUSA’

Musim Melaka United di Liga Malaysia sudah berakhir, selepas tersingkir di peringkat suku akhir kepada Pahang pada musim ini.

Antara yang menjadi pertanyaan, sudah tentu adalah nasib dan masa depan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Bercakap kepada Berita Harian mengenai perkara itu, Zainal berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak pengurusan persatuan untuk ditentukan.

Sehingga kini, beliau mengesahkan belum ada sebarang perbincangan bersama MUSA sama da beliau dikekalkan atau tidak untuk saingan pada musim 2020.

Selamat berjaya diucapkan buat Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yang akan menjalani Module-4…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Monday, September 30, 2019

“Terpulang kepada pengurusan MUSA untuk mengadakan perbincangan kerana saya sedia menerima segala keputusan yang diumumkan nanti.

“Buat masa ini, skuad ini akan berehat seketika dan hanya menunggu keputusan selanjutnya selepas ini,” katanya seperti yang dipetik dari akhbar nasional itu.

Jika dibandingkan dengan pencapaian lalu, prestasi Melaka United pada musim ini adalah lebih baik.

Di saingan Liga Super misalnya, Melaka United berada di kedudukan ke-6, dibezakan hanya dengan satu mata berbanding Kedah yang berada di kedudukan ke-4 carta liga.

Zainal dijadualkan akan  menjalani Module-4 Pro-License di Osaka dan Tokyo, Jepun selama 2 minggu bermula hari ini sehingga 14 Oktober 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN