Tan Cheng Hoe Panggil Azizan Ganti Azam

Pemain tengah pasukan Sabah, Mohd Azizan Nordin menjadi pemain terbaru mendapat panggilan daripada Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe, disebabkan masalah kecederaan yang melanda senarai 25 pemain asal yang dpanggil untuk menjalani kem latihan pusat bermula semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka akan menyertai rakan sepasukan yang lain pada hari ini, dan akan menggantikan Nor Azam Abdul Azih yang bergelut dengan kecederaan buku lali, selepas membanti Pahang menewaskan Melaka United untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Namun seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Nor Azam tidak akan digugurkan, dan Cheng Hoe berharap pemain itu mampu pulih daripada kecederaan tersebut.

“Kita masih harapkan Nor Azam untuk terus berada dalam pasukan kebangsaan kerana beliau beraksi dengan baik [dalam perlawanan] pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum ini,”


Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.

Harimau Malaya Mula Kem Latihan Pusat

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan sulung…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, September 30, 2019

Dan kita masih menunggu keputusan daripada doktor pasukan berhubung tahap kecederaan beliau,” katanya seperti ketika ditemui pemberita pada hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, Cheng Hoe mengambil langkah untuk memanggil penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid, untuk menggantikan Mohd Ifwat Akmal bin Chek Kassim, selepas penjaga gol Kedah itu turut mengalami kecederaan.

Selain Nor Azam, Cheng Hoe mendedahkan empat pemain lain turut mengalami kecederaan ringan iaitu pemain Selangor Abdul Halim Saari, dan tiga pemain Perak iaitu, J. Partiban, Brendan Gan serta Shahrul Mohd Saad.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN