Roman Abramovich dilaporkan mahu membeli kelab La Liga, Valencia sebaik sahaja penjualan Chelsea selesai.
Abramovich cuba menjual Chelsea sejak Mac lalu namun niatnya itu telah dihalang oleh pembekuan aset miliknya oleh Kerajaan UK.
Pembekuan aset miliknya di UK dilakukan kerana penglibatan beliau dalam pencerobohan tentera Rusia di Ukraine dan hubungan rapat beliau sebagai penasihat Presiden Vladimir Putin.
Pada bulan lalu Abramovich turut dilaporkan telah diracun dengan menggunakan senjata kimia ketika terlibat dengan rundingan damai Rusia-Ukraine.
Pendedahan beli Valencia
Selepas turut dikaitkan dengan kelab Super Lig Turki, Gotzepe, Abramovich kini dilaporkan telah membuat tawaran untuk membeli kelab La Liga, Valencia.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang pesaing kepada Abramovich untuk mendapatkan pemilikan kelab Sepanyol itu, iaitu Miguel Zorio.
Zorio bukanlah watak asing kepada Valencia. Beliau adalah bekas Naib Presiden kelab tersebut pada era pemilikan Vincente Soriano. Beliau juga mendedahkan bagaimana pemilik kelab itu, Peter Lim berusaha untuk menjual Valencia.
Seemingly forgetting the ongoing sanctions against him, Roman Abramovich is apparently set to make a bid for Valencia pic.twitter.com/kNYJeVyhAa
— FootballJOE (@FootballJOE) April 11, 2022
“Peter Lim cuba untuk menjual kelab tersebut ketika di London pada harga Є250 juta (RM1.1 billion) namun gagal melakukannya,” kata Zorio.
“Terkini, beliau mendedahkan kepada media antarabangsa terdapat dua pembida, iaitu saya dan seorang lagi adalah oligarki Rusia dari Chelsea.
“Dan saya berkata kepadanya untuk menyediakan Є50 juta setahun untuk menampung kerugian yang ditanggungnya, atau jual sahaja kepada kami. Terima sahaja sama ada beliau suka atau tidak.
TMJ pernah berminat
Bukan lagi rahsia Valencia sememangnya kelab yang akan dijual oleh pemiliknya, Peter Lim sejak beberapa tahun lalu.
Kelab itu dilihat mengalami masalah kewangan kerana salah cara pengurusan oleh pemiliknya, sehingga menyebabkan kelab itu gagal bersaing seperti yang diharapkan sejak beberapa musim lalu di La Liga.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sendiri pernah memberikan bayangan sanggup melabur untuk memiliki pegangan pemilikan di dalam Valencia sehingga mendapat liputan oleh akhbar Sepanyol, Marca.
El príncipe de Johor, amigo de Peter Lim, abre la 'puja al alza' por el Valencia: 408 millones de euros https://t.co/SW7oCexSW7
— MARCA (@marca) March 1, 2021
TMJ turut pernah berkongsi bagaimana beliau mahu menguruskan kelab tersebut sekiranya berjaya mendapatkan kelab yang berpengkalan di Stadium Mestalla itu.
“Pertama, saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja. Kedua, bukan wang yang memotivasikan saya, kegemilangan dan mencipta sejarah yang memotivasikan saya. Ketiga, bukan lagi rahsia saya amat cintakan dan meminati bola sepak,” ujarnya pada Mac tahun lalu
“Keempat, saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah membawa JDT daripada setiap tahun bergelut dengan penyingkiran kepada pasukan yang mendominasi kejauraan. Saya dah menang 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami kini terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.
First of all I’m not a business man. Why would I waste my money and spend it in a foreign land. If I do it, it is strictly for a challenge and for a project that I believe in. Pure passion, pure love for the game, and pure determination. No politics, and no b*******. pic.twitter.com/BS4pqPqq0L
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 10, 2021
“Kelima, saya mahu kembangkan lagi empayar, melebarkan sayap dan menempuh cabaran baharu.
TMJ turut kongsikan data Consultancy Europa yang menunjukkan nilai perusahaan Valencia yang dianggarkan sekitar €408 juta.
Its my personal opinion as a matter of principle, especially as a foreigner & "IF" I become a shareholder. My responsibility is to ensure the club performs at its best because of the club’s rich history & where it should belong, so that the people of the city can be proud.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 10, 2021
“Dan yang terakhir, saya bukan seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab kamu. Seperti yang saya katakan awal tadi, saya seorang putera raja, bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk meraih kegemilangan, kejayaan dan mencipta sejarah.
“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seseorang yang arif tentang bola sepak, dahagakan kejayaan dan faham betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.
TMJ akan teruskan?
Tatkala ia semakin jelas Peter Lim akan melepaskan Valencia, tidak dapat dipastikan sama ada TMJ akan meneruskan niat baginda untuk membeli pemilikan kelab tersebut.
Peter Lim juga bukanlah individu asing kepada TMJ kerana usahawan Singapura itu juga merupakan sahabat kepada baginda.
Menjual Valencia kepada Miguel Zorio mungkin dianggap tindakan kurang bijak daripada Peter Lim kerana ini turut bermakna membenarkan kelab tersebut kembali ke tangan rejim lama.
Selepas apa yang berlaku di Chelsea, tidak mustahil kerajaan Sepanyol turut diberikan tekanan untuk mengambil langkah sama yang diambil tindakan UK untuk menghalang niat Abramovich.
Ia mungkin peluang terbaik TMJ yang dilaporkan oleh Forbes mewarisi kekayaan bernilai €750 juta.