Kekayaan TMJ Jadi Bualan Media Antarabangsa

Akhbar terkemuka Marca yang berpengkalan di Sepanyol hari ini mendedahkan nilai kekayaan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) selepas pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim itu dikaitkan dengan pengambilalihan Valencia CF di La Liga.

Ia bukan perkara mustahil untuk berlaku mengambil kira persahabatan di antara TMJ dengan pemilik Valencia CF, Peter Lim – seorang ahli perniagaa dari Singapura.

Menurut Marca, TMJ yang merupakan putera sulung Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mewarisi kekayaan keluarga berjumlah €750 juta.

Nilai kekayaan tersebut adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Forbes sebelum ini. Turut menarik perhatian Marca dalam laporan tersebut adalah pencapaian TMJ bersama kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bercakap mengenai JDT, sudah pasti Stadium Sultan Ibrahim turut antara yang diperkatakan dan stadium moden berkapasiti 40,000 itu dianggarkan bernilai €200 juta.

TMJ juga bukanlah watak yang asing dengan Valencia. Sebelum ini, TMJ pernah mendapatkan khidmat bekas bintang Valencia, Pablo Aimar untuk beraksi bersama JDT di saingan Liga Super Malaysia (MSL).

Beberapa pemain Valencia turut pernah dijemput berlatih bersama skuad JDT pada 2016. Antaranya adalah Jaume Domenech, Santi Mina dan Paco Alcacer.

Kesemua pemain tersebut dilaporkan teruja dengan pusat latihan serba canggih milik JDT dan teknologi yang ada di setiap fasiliti.

Laporan oleh Marca itu turut mendedahkan laporan oleh Cadena SER bagaimana TMJ pernah dijemput oleh Barcelona namun kemudiannya ditolak oleh baginda.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain melalui pautan di bawah:

Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?

86% Penyokong Percaya Peter Lim Sedia Jual Valencia

Anak Peter Lim Tidak Faham Mengapa Keluarga Jadi Mangsa Maki Penyokong Valencia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN