Anda masih ingat sepakan percuma Cristiano Ronaldo ketika menentang Arsenal dari jarak 35 meter?
Pada 5 Mei 2009, Arsenal berhadapan dengan Manchester United dalam separuh akhir ke-2 UCL. Perlawanan berlansung di Emirates.
Perlawanan pertama United menang 1-0. Dalam perlawanan kedua, Park Ji Sung meletakkan United di hadapan pada minit ke-8 hasil bantuan gol oleh Ronaldo.
2 minit selepas itu, Manchester United dihadihkan sepakan percuma dari jarak 35 meter. Ronaldo mengambil langkah beliau. Ketika Ronaldo berlari menuju bola tersebut, pengulas berkata:
“Ianya terlalu jauh untuk Ronaldo fikirkan tentang… (gol).”
Belum pun sempat pengulas menyambung ayat beliau, Ronaldo sudah pun melakukan gol cantik dengan teknik ‘knuckle ball’ menewaskan Almunia.
Ia dianggap malam persembahan Ronaldo. Selepas 1 assist dan 1 gol, Ronaldo menambah satu lagi gol pada minit ke-61. Van Persie menjaringkan gol sagu hati untuk Arsenal. United menang secara aggregate 4-1 dan mara ke final.
Saksikan:
https://www.youtube.com/watch?v=N-Qi479Dz3s
United tewas di tangan Barcelona pada final tahun tersebut.