Pemain Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya akhirnya menepati ramalan ramai penyokong bola sepak negara apabila beliau memperoleh panggil ke skuad kebangsaan.
Zhafri yang sebelum ini berada dalam senarai menunggu menjadi pengganti buat pemain PJ City, Darren Lok yang terpaksa digugurkan.
Darren terpaksa disisihkan kerana pemain itu disahkan positif wabak Covid-19.
Menurut jurulatih negara, Kim Pan-gon, walaupun panggilan tersebut bakal mengubah sedikit taktikal kerana perbezaan posisi antara Zhafri dan juga Darren, tetapi ianya akan tetap memberikan manfaat kepada Harimau Malaya.
“Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah,” katanya menerusi siaran Persatuan Bolasepak Malaysia di Facebook mereka.
Situasi yang menimpa Darren ini ibarat ulangan ketika yang terjadi sewaktu Malaysia menyertai Piala AFF 2020 di Singapura sebelum ini apabila beliau terpaksa digugurkan atas faktor kecederaan.
Sementara bagi Zhafri pula, panggilan yang diterimanya dianggap wajar atas persembahan cemerlangnya bersama skuad Warga Kota terutamanya dalam perjalanan mereka memperoleh Piala Malaysia musim lalu.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!