TERKINI: TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM, FMLLP Ditukar Kepada MFL

Tunku Ismail

Peminat bola sepak tanah air hari ini dikejutkan dengan pengumuman Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

Salah seorang exco daripada FAM, Christopher Raj turut mengesahkan perkara ini melalui laman twitter miliknya.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ kepada sidang media.

Walaubagaimanapun, Tunku Ismail kekal sebagai pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan hanya akan fokus kepada pengurusan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam turut mengesahkan Tunku Ismail secara rasminya dilantik menjadi Pengerusi FMLLP.

“Menerusi kongres ini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan melalui proses penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Malaysia Football League (MFL).

“MFL dan FAM kini merupakan dua institusi yang tidak berkait, di mana Tunku Ismail sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi MFL,” ujarnya.

Tunku Ismail turut bersetuju FMLLP ditukar nama kepada Malaysia Football League (MFL) seperti diumumkan dalam Kongress Kedua FMLLP di Hotel Phoenix, Forest City, Johor.

“Ianya MFL. Sebagai pengerusi MFL, saya akan memberi tumpuan kepada menaiktarafkan kualiti Liga Malaysia,” jelas Tunku Ismail.

Baginda turut membidas peminat bola sepak tanah air yang hanya menilaikannya berdasarkan prestasi skuad kebangsaan.

“Saya selalu dinilai oleh peminat dengan prestasi pasukan kebangsaan, walaupun banyak yang telah pun saya lakukan.

“So yang pandai cakap, tulis banyak beri pendapat, kritik macam macam boleh bertanding nak jadi Presiden Baru, I wish the new FAM President all the Best,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN