Real Madrid Mahukan Rashford Dan Mohamed Salah

Real Madrid kini mengalihkan perhatian mereka kepada bintang muda Manchester United, Marcus Rashford. Ini selepas pemain itu dilihat masih bergelut untuk menjadi pemain utama di bawah kendalian Jose Mourinho.

Real Madrid melihat potensi yang besar pada Marcus Rashford. Pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi serangan. Real Madrid pada masa yang sama memikirkan pengganti untuk Ronaldo dan Benzema yang sudah semakin berusia.

Marcus Rashford pernah memberitahu media pada 2017 yang beliau sangat mengagumi Cristiano Ronaldo dan banyak menyaksikan video pemain tersebut.

Zinedine Zidane sebelum ini terlepas peluang untuk mendapatkan pemain seperti Kylian Mbappe yang juga pemain yang boleh bermain di sayap dan bahagian serangan tengah.

Real Madrid akan menyediakan bidaan termasuk pilihan untuk memasukkan nama Gareth Bale di dalam perjanjian tersebut.

Gareth Bale menjadi antara pemain yang dikehendaki oleh Jose Mourinho di Old Trafford.

Selain daripada Marcus Rashford, Real Madrid juga dikatakan berminat untuk membida Mohamed Salah daripada Liverpool.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 17: Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring his side’s fourth goal during the Premier League match between Liverpool and Watford at Anfield on March 17, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Real juga bersedia dengan perjanjian €150 juta ditambah dengan Lucas Vazquez untuk pemain Mesir tersebut.

Florentino Perez dilihat cuba membentuk era baru Galatico di Real Madrid. Sudah lama Real Madrid tidak berbelanja besar dalam perpindahan pemain.

Namun ianya pasti bukan mudah kerana sebelum ini Jose Mourinho memberitahu yang Marcus Rashford antara pemain penting beliau.

Di kem Liverpool pula, pihak mereka mengesahkan tidak akan menjual Mohamed Salah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN