TERKINI: Terengganu City FC dan Perlis Diarah Bayar Tunggakan Gaji Berjumlah RM745K

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2017-2021 pada 27 Ogos 2018 lepas telah mencapai keputusan terhadap 35 kes dalam mesyuarat tersebut .

Melalui kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasmi FAM, Kelab Bolasepak Terengganu City FC (TCFC) dikehendaki membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak kepada 6 pemain dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.

6 pemain tersebut ialah Azrul Hazran Amiludin Baki (RM40,000), Mohd Norhafizzuan Jailani (RM59,000), Rahmat Hassan (RM40,000), Ros Mohd Muharam Wahab (RM24,000), Sani Anuar Kamsani (RM80,000) dan Zailan Mohamad (RM40,000).

Selain itu, sebuah pasukan negeri di utara, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) turut menghadapi masalah yang sama. Mereka diarahkan membayar tunggakan gaji kepada 29 orang pemain dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh PFA kepada 29 pemain ini ialah sebanyak RM461, 500.

Jika dua pasukan ini gagal membayar jumlah seperti yang dinyatakan dalam tempoh ditetapkan, kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN