Seri Perjelas Pilihan Sertai Fulham Dan Bukan Kelab Utama EPL Lain

Jean Michael Seri menjelaskan mengapa beliau memilih untuk ke Fulham dan menolak kemungkinan untuk beraksi untuk Chelsea atau pun Liverpool.

Selain dari Chelsea dan Liverpool, dua kelab Liga Perdana Inggeris lain yang pernah dilaporkan cuba menagih khidmat Seri ialah Tottenham Hotspur dan juga Arsenal.

Turut pernah menarik perhatian Barcelona, Seri berhijrah meninggalkan OGC Nice pada jendela perpindahan musim panas yang lalu untuk menyertai kelab yang baru dinaikkan divisyen pada musim ini, Fulham.

Seri jelas adalah pembelian yang berbaloi buat Fulham setelah pemain tersebut menjaringkan satu gol, dan turut menghasilkan satu bantuan gol dalam empat perlawanan pertama musim ini.

Prestasi keseluruhan Seri juga boleh dikatakan sangat baik bersama Fulham setakat ini, dan beliau sebenarnya berpeluang untuk beraksi bersama-sama kelab utama EPL yang lain.

(Photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Namun pemain berusia 27 tahun ini berkata beliau gembira dengan kehidupan di Craven Cottage dan mendedahkan sebab utama beliau menyertai Fulham ialah kerana kelab tersebut benar-benar mahukan khidmatnya.

“Ketika saya beraksi bersama Pacos de Ferreira di Portugal, Nice datang berjumpa saya, dan mereka benar-benar datang, ujar Seri ketika ditemuramah oleh wartawan Metro.

“Fulham mahukan saya sama seperti ketika Nice mahukan saya dahulu. Mereka berkata: ‘Kami mahukan anda di sini. Datanglah ke Fulham.’

“Chelsea, Tottenham, dan Liverpool juga datang melihat saya, tetapi tidak pernah berkata, ‘kami mahukan anda’,” ujar Seri.

“Fulham telah menghubungi Presiden Nice dan berkata: ‘Kami mahukan Seri. Bantu kami berbincang dengan beliau jika beliau berminat menyertai kami.

“Kami juga tahu Chelsea dan kelab Manchester juga mahukan beliau selain daripada turut hampir menyertai Barcelona.

“Beritahu Seri kami sekarang telah kembali ke Premier League.

“Presiden kemudiannya menghubungi saya untuk memaklumkan niat Fulham. Dan saya berkata: ‘Jika mereka mahukan saya, itu bermakna mereka menghormati saya.

(Photo by Gareth Fuller/PA Images via Getty Images)

“Kelab besar lain menunjukkan keinginan untuk mendapatkan saya. Tetapi Fulham yang benar-benar mahukan saya.” jelas pemain itu secara panjang lebar.

Fulham kini mengumpul empat mata dari empat perlawanan pertama, dan menunjukkan ruang untuk peningkatan terutama selepas diikat oleh Brighton & Hove Albion walaupun sudah mendahului 2-0 sebelum itu.

Aksi Seri setakat ini menunjukkan pemain tersebut bakal menjadi pemain penting pasukan dari London itu pada musim pertama beliau di Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN