TERKINI: Spurs Capai Kesepakatan Dengan Juventus Untuk Dybala, Tamatkan Pemburuan Bruno Fernandes

Tottenham Hotspur dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Juventus untuk perpindahan Paulo Dybala. Kedua-dua kelab setuju dengan nilai harga dan juga beberapa pakej lain.

Spurs berharap mereka akan dapat mengumumkan Dybala sebagai pemain baharu mereka sebelum jendela perpindahan EPL ditutup.

Walaubagaimanapun, perjanjian ini memerlukan persetujuan daripada Dybala. Buat masa ini pemain itu masih belum setuju dengan tawaran oleh Spurs. Mereka masih dalam proses perbincangan.

Fabrizio Romano melaporkan, Spurs sangat sukar berbincang dengan Dybala. Segalanya menjadi sangat rumit. Isu yang sama berlaku ketika Man. United cuba mendapatkan pemain ini tempoh hari. Di mana Juventus sudah setuju melepaskan, tetapi perjanjian gagal di fasa perbincangan dengan pemain.

Walaupun sukar, kelab London itu tetap cuba memastikan perjanjian ini dapat direalisasikan.

Isu yang menjadi sukar adalah kerana permintaan gaji terlalu tinggi, komisen ejen yang tinggi dan juga ada perkara-perkara lain melibatkan hak imej di mana pemain itu mahu menjaga penaja peribadi beliau.

Seterusnya Tottenham Hotspur turut menamatkan pemburuan Bruno Fernades selepas gagal mencapai kata putus untuk pemain itu. Isu harga dilaporkan halangan utama. Sebelum ini Man. United juga dilaporkan menarik diri daripada perbincangan Bruno Fernandes kerana isu harga.

Selain daripada Dybala, Spurs sedang dalam proses untuk membawa masuk Giovani Lo Celso dan juga Ryan Sessegnon. 2 pemain ini setakat ini memberikan lampu hijau bahawa mereka mahu datang ke Spurs.

Adakah Dybala akan ke Spurs? Hari itu, Man. United tarik diri daripada Bruno Fernandes kerana isu harga. Spurs datang dan cuba berbincang. Selepas itu Spurs tarik diri kerana isu sama.

Beberapa hari lalu Man. United menamatkan minat mendapatkan Dybala kerana gagal memeterai terma peribadi. Spurs kemudian datang dengan tawaran mereka. Adakah skrip akan sama? Ataupun Spurs berjaya membawa masuk Dybala?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN