Martin Keown Menentang Pembelian David Luiz Yang Merupakan ‘Error-Prone’

Belum pun selesai perpindahan David Luiz, legenda Arsenal, Martin Keown dengan terbuka menentang pembelian itu.

Luiz dijangka akan diumumkan sebagai pemain baharu Arsenal dalam masa terdekat. Ia mengulangi episod perpindahan Petr Cech beberapa tahun lalu ke kelab seteru London mereka itu.

Keown tiada masalah dengan isu perseteruan. Namun beliau menganggap pembelian David Luiz ini sebagai tidak bijak.

Keown berkata: “Jika saya ada di Arsenal ketika ini, dekat dengan telinga Unai Emery, saya akan nasihatkan pengurus saya untuk tidak menandatangani David Luiz,” kata Keown kepada Daily Mail.

“Jauhkan diri daripada perbincangan ini. Ini bukan pemain pertahanan sesuai untuk kamu. Luiz terlalu berisiko. Ya saya tahu Arsenal sangat perlukan bek tengah, tetapi Luiz ini bukan jawapan kepada doa kamu. Saya tidak rasa langsung Luiz adalah penyelesaian.”

“Cara pemain berusia 32 tahun ini bermain akan mendedahkan lagi pertahanan Arsenal dengan bahaya. Di Arsenal, beliau tidak akan mendapat perlindungan yang sama dengan apa yang beliau ada di Chelsea – di mana N’golo Kante sentiasa berkawal di hadapan pertahanan.”

“Dalam keadaan menguasai bola, Luiz adalah pemain penghantar bola yang luar biasa. Namun beliau kerap membuat kesilapan sebagai sebahagian daripada bek berempat.”

Nampaknya, jika perjanjian ini menjadi kenyataan, David Luiz perlu membuktikan bahawa Martin Keown tersilap di dalam penilaiannya.

Leave a Reply