TERKINI: Rosman Sah Letak Jawatan Sebagai Setiausaha Agung FAS

Media tempatan hari ini melaporkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan tiga ahli tertinggi badan induk itu telah meletak jawatan ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang berlangsung 3 Julai lalu.

Menurut laporan daripada Sukan Sinar, 3 individu itu ialah Datuk Lim Thean Sheang, Nizam Sani dan juga Rosman Mohd Ibrahim.

Thean Sheang dan Nizam Sani selaku Naib Presiden FAS  memilih untuk meletakkan jawatan atas sebab komitmen dalam syarikat masing-masing, manakala Rosman selaku Setiausaha Agung FAS tidak menyatakan sebab perletakan jawatan beliau.

“DYTM Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah menerima peletakan jawatan Datuk Lim Thean Sheang dan Encik Nizam Bin Sani, serta Encik Rosman dan merakamkan penghargaan terhadap sumbangan mereka di dalam FAS,” tulis satu kenyataan daripada Jawatankuasa Eksekutif FAS.

Selain itu, Bendahari FAS, Datuk S Sivasundram turut mengumumkan beliau akan bersara selepas tamat musim 2018 setelah berkhidmat selama 21 tahun dalam FAS.

Barisan pengurusan FAS ketika kongres luar biasa pada tahun lepas.

Pada masa sama, FAS turut mengumumkan pengganti jawatan naib presiden dan setiusaha agung yang baharu.

“DYTM Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah melantik Encik Mohd Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal Hamidon untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan Naib Presiden.

“DYTM Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif juga telah melantik Dr Johan Bin Kamal Hamidon sebagai Setiausaha Agung FAS yang baharu untuk penggal 2017-2021,” katanya.

Satu sesi ‘workshop’ berkenaan dengan hala tuju FAS akan diadakan pada 4 hingga 6 Ogos 2018 untuk merangka dan memperincikan initiatif-initiatif pembaharuan yang bakal dijalankan oleh FAS.

Jelasnya, individu-individu yang akan dijemput untuk terlibat dalam sesi ‘workshop’ ini terdiri daripada ahli-ahli FAS dan juga pemegang taruh luaran yang diharap dapat menyumbangkan idea-idea dan input terhadap initiatif pembaharuan FAS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN